Morais Jdt

JDT Turun Tanpa Pemain Yang Dipanggil Untuk Skuad Kebangsaan

Morais tetap yakin berdepan dengan Selangor dalam saingan akhir peringkat kumpulan D malam ini meskipun ketiadaan beberapa pemain tonggak yang dilepaskan untuk tugasan kebangsaan.

Morais berkata lagi, ketiadaan tujuh pemain utama JDT sedikit sebanyak memberi impak kepada persiapan, namum beliau yakin dengan semua pemain yang telah berlatih lebih awal bersedia menghadapi perlawanan ini.

“Kita ada sedikit cabaran keranan tujuh pemain yang dipanggil untuk skuad negara lewat menyertai sesi latihan kami, tetapi saya yakin persediaan itu ada.

“Jadi untuk perlawanan kali ini, mungkn saya akan turunkan permain yang lebih bersedia dan menerima latihan yang secukupnya,” katanya yang dihubungi semalam.

Perlawanan terakhir bagi Kumpulan D menyaksikan JDT menduduki tempat teratas carta diikuti Selangor di kedudukan kedua namun berkongsi 10 mata.

t-team vs jdt safiq rahim

Morais menambah lagi, perlawanan tersebut juga merupakan platform terbaik untuk menebus kekalahan 2-3 kepada Selangor pada pusingan pertama kumpulan di Selayang, Julai lalu.

“Kita sudah bersedia, buat masa ini para pemain sedang mencari rentak terbaik setelah berehat agak lama, apa pun kemenangan sentiasa menjadi fokus utama pasukan.

“Beraksi di laman sendiri memberi kami kelebihan selain lebih dorongan untuk beraksi lebih baik. Kita mahu menang di sini,” katanya.

Tambahnya, kemenangan dalam perlawanan itu juga dilihat penting bagi mengukuhkan moral pemain untuk menanmbah satu lagi kejuaraan buat pasukan.

“Kami sudah berjaya mendapat tempat yang terbaik dalam saingan Liga Super, sudah pasti Piala Malaysia akan menjadi sasaran seterusnya. Kemenangan sentiasa menjadi keutamaan pasukan,” katanya.

Baca juga: Terima Kasih Alistair Edward, Selamat Bertugas Luciano


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *