1

Sungguh Tak Disangka Berjaya Jejak Semula Motosikal Melalui GPS Tracker

seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @HuzailiShah telah berkongsi sebuah muat naik terbaru tentang motosikalnya yang baru sahaja dijumpai selepas hilang dicuri beberapa jam lalu. Motosikalnya telah berjaya dijejaki menggunakan  bantuan alat peranti penjejak navigasi (GPS Tracker) yang dipasang di motosikal, dan berjaya dijumpai di sebuah hutan berdekatan Ulu Yam.

Apa yang menarik, ekoran daripada GPS Tracker yang dipasang di motor lelaki ini, lambakan kenderaan lain turut dijumpai di tempat kejadian. Huzaili kemudiannya memuat naik sebuah bebenang mendedahkan beberapa motosikal yang dipercayai telah dicuri ini dilaman media sosial sebelum menemui pemilik asal kenderaan tersebut.

Selain itu, dia juga turut memuat naik bebenang tersebut sebagai peringatan kepada semua agar lebih berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga sebelum apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku.

Ikuti bebenang ini untuk kisah selanjutnya.

Sumber : Twitter

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: