Perak Player Celebrate Againts Melaka United In Malaysia Super League 2017 Match At Stadium Perak,Ipoh On 4 February 2017.  Photo By Zulfachri Zulkifli/ Www.asiana.my

Jika ada pasukan yang boleh mengalahkan Johor DT adalah Perak – Thiago Junior

 

‘Inilah masanya,’ begitulah kata tonggak pertahanan Perak, Thiago Junior yang yakin pasukan The Bos Gaurus mampu mengatasi Johor Darul Ta’zim (Johor DT) pada separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Perak, malam esok.

Keyakinan pemain dari Brazil itu berdasarkan Perak satu-satunya pasukan yang berjaya menumpaskan Johor DT musim ini.

“Jika ada pasukan yang boleh mengalahkan Johor DT adalah Perak.

[AdSense-B]

“Kena pada harinya dan pemain Perak bermain dengan sempurna tidak ada sebab mengapa kami tidak boleh menang pertemuan ini,” katanya.

Thiago yang sudah tiga tahun bersama Perak melihat banyak perubahan dalam pasukan The Bos Gaurus.

“Satu ketika pada musim 2015 dan 2016 kami pasukan yang berjuang mengelak tersingkir ke Liga Perdana.

“Malah awal musim ini pun ada sedikit masalah dan berlaku perubahan kejurulatihan.

“Bagaimanapun sejak itu pasukan sudah semakin stabil dan kami mula mendapat rentak hingga berjaya mara ke separuh akhir Piala Malaysia.

“Kami hanya selangkah saja lagi ke final dan saya percaya rakan sepasukan juga memiliki azam dan keyakinan sama seperti saya,” katanya.

[AdSense-B]

Thiago yang dijangka membawa haluan berbeza akhir musim ini bertekad untuk menghadiahkan sesuatu untuk Perak kali ini.

“Saya akan beri persembahan terbaik untuk membantu Perak mara ke final.

“Namun saya tidak mampu melakukannya bersendirian dan berharap rakan sepasukan juga akan memberi komitmen 100 peratus semasa perlawanan.”

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Datuk M. Karathu Pilih JDT Dan Kedah Mara Ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2017

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: