Hafiz Kamal Perak

Jika Perak Pamerkan Aksi Seperti Menentang Pahang, Saya Yakin JDT Mampu Dijinakkan – Hafiz Kamal

 

Hafiz Kamal percaya rakan-rakan sepasukan mampu memberikan saingan terbaik kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam pertemuan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Ipoh, Ahad ini.

Walaupun ditimpa kecederaan ligamen lutut bulan lalu yang menyisihkan peluangnya untuk beraksi bersama Perak hingga akhir musim, Hafiz tetap bersemangat melihat perkembangan rakan-rakannya.

“Ini peluang kami. Kami tidak mahu menunggu lagi. Doa saya bersama anda.

[AdSense-B]

“Nasihat saya, usah terlalu yakin dan jangan pula tidak yakin. JDT pasukan hebat tetapi siapa yang mempamerkan prestasi terbaik boleh muncul pemenang.

“Kalau Perak mempamerkan permainan menarik seperti menentang Pahang di Ipoh tempoh hari, saya yakin JDT mampu dijinakkan,” ujarnya.

Selain itu, pemain tengah Perak itu turut menggesa peminat turun ke stadium memberikan sokongan.

“Dalam perlawanan besar sebegini, saya nampak faktor sokongan peminat turut memainkan peranan penting.

[AdSense-B]

“Oleh itu, saya sangat-sangat berharap gelombang lautan kuning memenuhi setiap sudut stadium. Ini penghormatan dan peniup semangat kepada kami (pemain),” kata Hafiz lagi.

Sumber: Stadium Astro

Baca juga: 28,000 Tiket Untuk Aksi Di Stadium Perak, 200 Tiket untuk Penyokong JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: