Pahang Tidak Sertai Piala Afc

Johor DT Sah Wakil Tunggal Ke Piala AFC 2018

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengesahkan Pahang tidak akan mewakili Malaysia dalam saingan Piala AFC 2018.

Perkara tersebut di maklumkan beliau di laman facebook rasmi FAM petang ini. Jadi ini bermakna hanya juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi wakil tunggal negara.

Terdahulu, kelewatan Kedah menyelesaikan isu lesem memberi ruang kepada Pahang untuk beraksi dalam saingan AFC musim hadapan.

[AdSense-B]

Namun Pahang menolak tawaran tersebut atas sebab mahu memberi tumpuan kepada saingan domestik.

“Pasukan naib juara Liga Super 2017, Pahang dengan ini secara rasminya tidak akan mewakili Malaysia untuk pertandingan Piala AFC 2018.

“Ini kerana sehingga tarikh tutup yang ditetapkan iaitu pada 30 November 2017, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menerima surat balasan atau sebarang maklum balas daripada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) untuk menyertainya.

“Mengikut peraturan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), kekosongan slot ditinggalkan Pahang itu tidak boleh diisi oleh mana-mana pasukan lain.

[AdSense-B]

 “Oleh yang demikian, juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menjadi wakil tunggal Malaysia dengan mereka akan beraksi perlawanan pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2018 dan jika JDT gagal melayakkan diri ke saingan peringkat kumpulan, mereka akan secara automatik mendapat slot beraksi pada Piala AFC 2018.

“Bagaimanapun, andai JDT berjaya melangkah masuk ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2018, slot Piala AFC 2018 berkenaan akan diberikan kepada pasukan Selangor yang kini diletakkan dalam senarai menunggu.

[AdSense-B]

“Untuk makluman semua, majlis undian Liga Juara-Juara AFC 2018 dan Piala AFC 2018 akan berlangsung di AFC House, Bukit Jalil pada Rabu ini, 6 Disember 2017, ujar Dato Hamidin.

Sumber: FAM

Baca juga: TERKINI: MA Ranking Kemaskini November 2017, Slot Automatik Piala ACL Milik Malaysia

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: