Junior Eldstal

Junior Eldstal Teruja Kembali Pulih Daripada Kecederaan

Semangat yang cekal dan tidak pernah berputus asa menjadi intipati pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Junior Eldstal setelah bergelut beberapa siri kecederaan sejak tahun lalu sebelum kembali tersenarai dalam kesebelasan utama musim ini.

Karier Eldstal pernah dilihat seakan-akan hampir berakhir apabila dia disahkan mengalami kecederaan pada dua slip disc di bahagian bawah belakang dan satu slip disc di tulang vertebra bahagian leher.

[AdSense-B]

Pada tahun lalu, dia juga jarang beraksi ekoran masalah hamstring selain pernah mengalami insiden patah hidung apabila berlaga dengan rakan sepasukan, Gary Steven Robbat.

Bagaimanapun, di bawah proses pemulihan secara insentif selama beberapa bulan pada awal tahun ini berjaya memastikan dia kembali bersama pasukan.

Junior Eldstål JDT MRI scan

“Saya telah melalui jalan yang sukar untuk kembali pulih. Saya kerap menjalani latihan bagi memastikan berada pada tahap terbaik untuk kembali beraksi bersama JDT dan negara saya,” kata Eldstal.

Ketiadaan Marcos Antonio jelas membuka ruang kepada Eldstal berada dalam kesebelasan utama untuk bergandingan bersama Fadhli Shas di bahagian pertahanan tengah.

[AdSense-B]

Justeru, dia berharap mereka mampu menghadiahkan kejayaan di Piala Malaysia kepada Antonio yang kini terpaksa berehat panjang kerana kecederaan lutut.

“Kehilangan khidmat Antonio amat perit untuk kami, kami berharap untuk dia kembali pulih segara dan saya berharap dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkannya.”

Sumber: Stadium Astro

Baca juga: JDT Belum Mahu Berasa Selesa – Morais

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: