Pakai Plaster

Kaki Melecet Bila Pakai Kasut? Tak Payah Amal Petua Gigit Kasut, Ikut 6 Cara Berkesan Ni

Selalu kan bila beli kasut baru kaki mesti melecet, rasa pedih dibahagian jari kaki, belakang tumit dan bahagian tepi ibu jari kaki. Lebih-lebih lagi mereka yang ‘berkaki kembang’ dan membeli kasut yang berkain kanvas. Pedih tak terkira.

Jadi korang pun ada lah dengar nasihat ataupun petua daripada rakan-rakan ataupun keluarga. Mesti korang semua ada kepercayaan yang kononnya gigit kasut baru kalau tak nak kasut tu ‘makan’ balik kaki korang. Boleh percaya ke tu?

Daripada buat kerja tak senonoh tu apa kata korang amalkan tips yang kami kongsikan ini.

1. Pakai Plaster

Mungkin cara ini paling common, tapi inilah paling mujarab sekali apabila diamalkan. Tampalkan plaster dibahagian yang selalu terkena melecet itu, lebih-lebih lagi belakang tumit kaki. Trick ini sangat membantu bagi wanita yang ingin memakai kasut tumit tinggi.

2. Taburkan Bedak Bayi Di Dalam Kasut

Gesekan akan berkurangan kerana ada permukaan lembut yang mengurangkan potensi daripada terkena melecet. Lebih mujarab jika korang sarungkan stokin sebelum memakai kasut yang sudah ada bedak didalamnya. Kaki selamat, bau pun harum!

3. Sapu Deadorant Di Kaki

Selain di ketiak, kaki pun boleh guna tau. Bukanlah nak cegah bau tapi cegah melecet. Tapi pakai yang roll-on punya untuk licinkan permukaan jangan pakai spray pula. Nanti tak membantu langsung.

4. Masukkan Bungkusan Air Di Dalam Kasut

Lepastu biarkan didalam freezer selama satu malam untuk menjadikan air tersebut sebagai ais, sekali dengan kasut. Ia bertujuan untuk mengembangkan bahagian-bahagian yang ketat. Jadi, keesokkan harinya kaki korang akan rasa jauh lebih selesa daripada sebelum ini.

5. Tampal Tape Pada Jari Ketiga & Keempat

Macam pelik kan? Tapi ia memang berkesan. Cubalah!

6. Pakai Stokin Tebal Kemudian…


Sarungkan stokin tebal kemudian pakai kasut. Ambil pengering rambut dan talakan di bahagian yang ketat untuk beberapa minit. Ulang beberapa kali jika perlu. Cara ini juga dapat mambantu untuk melonggarkan kaki kasut korang tu.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: