JDT Juara Piala Malaysia 2017 700

Kami Perlu Lagi Masa Fikir Liga Juara-Juara Asia

Sesudah melengkapkan kejuaraan dalam saingan tempatan dan Piala AFC, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini sedia memikirkan mengenai sasaran baharu untuk layak beraksi di Liga Juara-Juara Asia (ACL), musim depan.

Jurulatih JDT, Ulisses Morais bagaimanapun menjelaskan dia dan barisan kejurulatihan memerlukan masa untuk memikirkan bagaimana untuk mencapai sasaran itu selepas baru sahaja menjulang kejuaraan sulung Piala Malaysia, malam tadi.

[AdSense-B]

“Semua orang (di JDT) termasuk staf dan pemain kini perlu bercuti selepas mengharungi saingan yang memenatkan sepanjang musim ini.

“Kami perlukan masa untuk memikirkan mengenai perkara itu (layak ke ACL) dan sudah pasti kami juga sedang bergerak ke arah itu,” katanya ketika ditanya adakah skuad semasa JDT mampu melepasi kelayakan beraksi di saingan tertinggi Asia itu.

JDT juara piala malaysia 2017 2

JDT sudah tiga kali mencuba untuk layak ke ACL namun terkandas di pusingan kedua kelayakan pada musim 2015 dan 2016.

Pencapaian terbaik Harimau Selatan adalah musim ini apabila mereka mara hingga ke pusingan play-off tetapi terpaksa akur apabila tewas 0-3 di tangan kelab Jepun, Gamba Osaka.

[AdSense-B]

Apa yang pasti, sentuhan magis Morais sekali lagi diharapkan untuk JDT layak ke ACL musim depan selepas prestasi cemerlangnya musim ini termasuk menghadiahkan Piala Malaysia buat kali pertama buat kelab itu.

Selain itu, mengulas mengenai kejayaan pasukannya menjuarai Piala Malaysia, Morais menegaskan JDT berhak meraikan kejuaraan manis itu selepas persembahan cemerlang anak buahnya sepanjang perlawanan akhir berdepan Kedah di Stadium Shah Alam, malam tadi.

morais

“Saya sedar ramai penyokong hairan melihat barisan kesebelasan utama pada perlawanan malam ini (tadi). Saya sentiasa beritahu pemain JDT mempunyai 27 pemain dan sesiapa saja boleh bermain untuk skuad utama.

“Bagi perlawanan ini, barisan kejurulatihan sepakat untuk menurunkan Gary Steven Robbat, AQidil Zafuan Radzak serta Hazwan Bakri dan mereka beraksi dengan baik.

[AdSense-B]

“Semua orang juga tahu Farizal Marlias tidak dibenarkan bermain, Marcos Antonio pula mengalami kecederaan, namun mereka berdua juga layak untuk meraikan kemenangan malam ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Kemenangan Buat Pasukan Adalah Lebih Penting – Hazwan Bakri

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: