Dasyatnya Kesan Pada Otak Jika Anak Selalu Diabaikan

Ibubapa Balik Kerja Peluklah Anak Dahulu, Ini Kerana Otak Kanak-kanak Terabai Lebih Kecil Dan Tidak Berkembang

Kedua-dua imbasan otak dibawah ini dimiliki oleh dua kanak-kanak berusia sama iaitu tiga tahun, tetapi mengapa saiznya berbeza antara satu sama lain?

Imej otak di sebelah kiri lebih besar manakala imej otak sebelah lebih kecil, selain bahagian-bahagian otak yang gelap dan tidak jelas. Kepada ahli neurologi yang menyelidik perbezaan tersebut, penemuan sedemikian dianggap menakjubkan dan pada masa yang sama, menakutkan.

Apa perkara yang mungkin mendorong perubahan radikal terhadap pertumbuhan otak kanak-kanak? Kebanyakannya mungkin mengatakan ianya berkaitan dengan penyakit atau kemalangan.

Salah. Jawapannya ada kaitan dengan hubungan antara ibu bapa dan anak mereka sendiri.

Cara layanan berbeza

Kedua-dua otak terlibat diberikan layanan yang berbeza dimana salah seorangnya dilayan dengan baik oleh ibunya dan pemiliknya pula merupakan seorang kanak-kanak yang responsif.

Sebaliknya, otak mereka yang diabaikan dan didera menghadapi kekangan dari segi tumbesaran. Ahli neurologi, profesor Allan Schore dari UCLA menegaskan perkembangan sel otak berkait rapat dengan kesan interaksi diantara penjaga (ibu bapa).

Tidak perlu dijelaskan lagi bahawa interaksi yang positif akan menggalakkan perkembangan otak yang lebih responsif dan sihat. Kekangan pertumbuhan otak yang disebabkan oleh pengabaian dan pelbagai jenis penderaan bergantung kepada beberapa perkara. Lebih teruk penderaan dan pengabaian tersebut, maka lebih teruklah kerosakan pada otak.

80 peratus sel otak dibentuk dua tahun pertama selepas dilahirkan. Jika pertumbuhan tersebut diganggu, maka kerosakannya akan menjadi kekal.

Impak kepada masyarakat

Penemuan ini melibatkan kesan yang mendalam kepada para ibu bapa dan anak-anak. Unsur-unsur seperti tidak cukup pendidikan, kemiskinan, ketagihan dadah dan jenayah yang wujud dalam keluarga juga proses perkembangan otak.

Apabila anak-anak yang diabaikan menjadi ibu bapa, kitaran pengabaian tersebut berpotensi bersambung dan mereka juga akan mengabaikan anak mereka.

Anak-anak yang dijaga oleh ibu bapa yang pernah diabaikan berpotensi gagal dalam pelajaran, terjebak dalam masalah dadah, susah mencari pekerjaan malah lebih cenderung melakukan keganasan. Tidak syak lagi pencegahan pada peringkat awal mampu memberi perbezaan besar kepada ibu bapa dan anak.

Selain keluarga, kerajaan dan masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam masalah ini.

Semoga memberi manfaat.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: