R Surendran

Kapten Melaka United, R. Surendran Mahu Rakan Bina Kubu Kukuh Temu JDT

Kapten skuad Melaka United (MU), R Surendran mengakui ketiadaan tonggak pertahanan import dari Macedonia, Jasmin Macenovic yang mengalami kecederaan menjadi antara punca benteng pasukan Hang Tuah rapuh dan mudah dibolosi.

Namun dia yakin masalah itu tidak akan berulang ketika menanti saingan getir Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi suku akhir pertama¬†Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, di sini, Jumaat ini.

Selepas bolos lima gol kepada UiTM FC pada aksi terakhir kumpulan C, saingan Piala Malaysia pada Sabtu lalu, situasi itu jelas memberi isyarat JDT mampu merobek lebih banyak jaringan jika isu kerapuhan benteng itu tidak ditangani segera.

Bagi Surendran, pasukan tidak perlu meratapi ketiadaan Macenovic sehingga akhir musim akibat kecederaan serius, namun mereka perlu segera membina kubu kukuh dan yakin penggantinya mampu bertindak cemerlang.

Beliau berkata, kekalahan besar kepada UiTM FC itu dianggap sebagai pengajaran terbaik buat skuad Hang Tuah dan kali ini mereka perlu menterjemahkan apa yang dipelajari untuk terus meningkat.

JDT tewaskan Melaka United gopi

“Saya pernah menjulang Piala Malaysia musim 2013 dan 2014 bersama Pahang.

“Kenangan itu begitu indah sekali, jadi sebagai kapten di Melaka, sudah pasti saya mahu mengulangi perkara sama kali ini di bumi Hang Tuah.

“Apapun, skuad ini jauh berbeza dengan Pahang ketika itu, sementara lawan kami (JDT) adalah pasukan terbaik yang memiliki semuanya. Di atas kertas, kami bukan lawan sebenar mereka, namun semangat dan kesungguhan melebihi segala-galanya untuk berjaya, “katanya.

Mengulas mengenai pertembungan Jumaat ini, katanya tidak perlu sebarang fokus khas untuk merantai pergerakan tonggak JDT, termasuk Gabriel Guerra dan Muhammad Ghaddar.

Ini kerana, baginya tumpuan istimewa kepada pemain tertentu boleh membuka ruang kepada menyebabkan pemain lain untuk menjaringkan gol.

Jadi, dia mengharapkan setiap pemain bertindak cemerlang mengukuhkan kubu dan menjalankan tugasan dengan efektif bagi memastikan impian melangkah ke separuh akhir mampu menjadi kenyataan.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Gary Sedia Galas Aksi 90 Minit Sekiranya Mendapat Kepercayaan Lagi Dari Morais


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: