Kasut Itam

Kaedah Untuk Menjadikan Kasut Hitam Sekolah Nampak Bersih & Berkilat

SHAH ALAM – Pelajar sekolah tidak lagi memakai kasut sekolah berwarna putih mulai tahun depan, sebaliknya ia ditukar kepada warna hitam.

Perkara itu disuarakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam program Bicara Minda, Malaysia Baharu & Pendidikan Negara anjuran Sinar Harian di sini, hari ini.

Maszlee berkata, peraturan baharu itu dibuat selepas mendengar keluhan dan harapan ibu bapa. “Ini harapan daripada ibu bapa terutama ibu bapa tak kisah sangat.

“Bermula tahun depan, kita akan pakai kasut hitam di sekolah,” katanya.

Pengumuman ini pastinya ramai membuatkan ibu-ibu tersenyum lega dan tidak kurang juga sebahagiannya ada rasa tidak seronok. Jika dilihat senangnya, mungkin tiada lagi rutin mencuci dan mengkapur kasut pada setiap hari Sabtu. Selain itu, tidak ada lagi bebelan ibu-ibu ketika anak balik sekolah pada hari Isnin bila lihat kasut sekolah anak dah rupa ‘belacan’ sedangkan baru sekali pakai.

Walau apa pun perasaannya, pastinya kita sebagai ibu tetap mahu anak-anak kita melangkah ke sekolah dengan kasut yang bersih dan hitam berkilat. Bukannya kasut sekolah yang berdebu, hapak dan kusam dek kerana tidak dijaga rapi.

Ayuh ketahui tips kilatkan kasut tanpa menggunakan kiwi kasut terlebih dahulu sebagai persediaan untuk tahun hadapan. Jom semak perkongsian Siti Noraliyah Watman di akaun fbnya.

TIPS KILATKAN KASUT HITAM TANPA MENGGUNAKAN PENGILAT KASUT

Hari ni nak share dengan korang tips untuk kilatkan kasut tanpa kiwi kasut.

Haaa, mesti korang tertanya tanya kan pakai apa? Bahan utama dia senang je nak dapat. Iaitu ubat gigi. So mana yang tiba tiba kiwi kasut habis tu, boleh la guna cara mudah ni.

Caranya :

1- Ambil beberapa keping kapas muka. Kalau takde kapas, pakai tuala goodmorning pun boleh.

2- Picitkan sedikit ubat gigi ke kapas atau tuala. Kemudian, gosokkan ke permukaan kasut. Gosok rata sehingga kasut nampak kemas berkilat.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: