Tiket Final Piala Malaysia 2017 Diperuntukkan

Kedah Dan JDT Berkongsi 72,000 Tiket Yang Diperuntukkan

 

Sebanyak 72,000 tiket diperuntukkan kepada penyokong Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, 4 November ini.

Setiap pasukan akan menerima agihan 30,000 tiket dewasa dan 750 kanak-kanak manakala baki 10,000 tiket dewasa serta 500 tiket kanak-kanak dijual menerusi dalam talian.

Tiket bagi dewasa berharga RM50 manakala kanak-kanak RM5 termasuk cukai GST dan perlindungan insurans.

[AdSense-B]

Menurut Pengarah Pertandingan Final Piala Malaysia, Mohd Shazli Shaik Mohd, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan pengurusan JDT akan menjual tiket di stadium masing-masing pada jam 9 pagi, 1 November ini.

“Jualan tiket menerusi dalam talian akan bermula jam 9 pagi, 30 November ini manakala pihak KFA dan JDT akan menjual tiket bercetak pada jam 9 pagi, 1 November.

“Kali ini harga tiket termasuk perlindungan insurans kerana terdapat kes kemalangan yang berlaku sebelum dan selepas perlawanan sehingga ada yang mengakibatkan kematian.

tiket final piala malaysia 2017

“Pemegang tiket boleh menuntut insurans jika terbabit dalam kemalangan dalam tempoh 12 jam sebelum dan selepas perlawanan,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2017, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat JDT, Kapten Mohd Fahmy Yahya, pihaknya akur dengan pembahagian tiket final kali ini.

[AdSense-B]

“Kalau melihat kepada jumlah agihan tiket itu memang tak cukup, bukan saja untuk JDT tapi juga Kedah, namun kita terpaksa terima kerana kapasiti stadium. Kita akan bawa balik tiket untuk diagihkan kepada semua penyokong di Johor,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Gabby Belum Fikir Final Piala Malaysia

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: