Hazwan Bakri Vs Kedah

Kelebihan Milik JDT Namun Kedah Tidak Gentar

Kedah berdepan kesukaran mempertahankan gelaran Juara Piala Sumbangsih pada musim 2018 berdepan Juara Liga Super empat kali berturut-turut, JDT di laman keramat pasukan tersebut, Stadium Larkin pada Sabtu ini

Penolong Pengurus Kedah, Haris Che Mat berkata, beliau akui kelebihan kini berpihak kepada Harimau Selatan namun pasukannya akan berusaha untuk memberi tentangan sengit kepada pasukan tuan rumah.

[AdSense-B]

Menurutnya, pada waktu yang sama sehingga kini pasukan kecergasan masih lagi memantau keadaan dua pemain import mereka, Sandro Mendonca dan Alvaro Silva yang cedera dan tidak cergas.

“Sandro dan Silva masih belum sepenuhnya dan perkembangan mereka kini dipantau rapi walaupun pasukan mempunyai masa untuk kembali menyenaraikan 2 pemain import ini pada pertemuan bertemu JDT.

Bagaimanapun kami masih yakin dengan perancangan yang akan dicatur oleh Ketua Jurulatih, Ramon Marcote dengan bantuan Penolongnya, Mohd Nidzam Adzha Yusof untuk mempertahankan Piala Sumbangsih,” katanya kepada Sukan Sinar.

Mengulas mengenai kelebihan yang dimiliki oleh pasukan tuan rumah, Haris mengakui perkara tersebut namun pemain-pemainnya juga tekad untuk mengulangi kejutan di Larkin seperti yang dilakukan mereka pada 2017.

[AdSense-B]

Menurutnya, dengan sokongan dan doa puluhan ribu penyokong setia Hijau Kuning tiada yang mustahil mampu dilakukan mereka kerana wisel perlawanan permulaan masih belum ditiupkan.

“Atas kertas sekarang mungkin kelebihan sedikit memihak kepada JDT namun perlu diingat perkara yang sama juga berlaku pada musim 2017 dan akhirnya kami berjaya keluar sebagai pemenang menerusi penentuan sepakan penalti,” katanya.

jdt vs kedah piala sumbangsih 2017 kad merah

Jelas Haris, Kedah akan turun dengan semangat juang tinggi sebagai satu pasukan kerana mereka bukan sahaja berdepan 11 pemain lawan tetapi juga tekanan puluhan ribu penyokong setia JDT.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Mahali Jasuli Mahu Buka ‘Buku Baru’

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: