Hariss Harun Kembali Ke Sepanyol

Kemana Hala Tuju Hariss Harun?

Seperti yang kita semua maklum, Hariss Harun sekarang dipinjamkan ke kelab Singapura iaitu Home United. Ini kerana kelab Sepanyol yang mahu memdapatkan khidmatnya dikenakan sekatan untuk mendaftarkan pemain baru sehingga bulan Jun 2017.

Harini sudah masuk hari ke-4 bagi bulan Jun. Dalam kenyataan yang lepas, Hariss harun akan menyertai kelab barunya dalam bulan ini dan menyertai perlawanan pra-musim mereka. Namun, sehingga kini tiada pengumuman rasmi dari JDT.

Tiada perancangan untuk membawa kembali untuk baki musim ini

Jika kelab CE L’Hospitalet masih menghadapai masalah yang sama, ini bermakna Hariss Harun tidak akan dapat bermain di Sepanyol. Bagi Liga M, hanya tinggal 7 hari sahaja lagi untuk jendela kedua ditutup pada 11/6/2017. Ketika borak santai bersama TMJ, pihak pengurusan hanya berhasrat membeli Ghaddar dan sorang lagi import dari Sepanyol.

Nampaknya Harriss Harun memang tiada dalam perancangan JDT untuk musim ini kerana JDT sudah mencukupkan kuota  4 pemain import mereka. Pemain Sepanyol yang diperkatakan oleh TMJ adalah Natxo Insa iaitu abg kepada pemain Pahang Kiko Insa.

Kemungkinan besar, Natxo Insa akan memohon kerakyatan Malaysia seperti adiknya dan jika berjaya dia akan didaftarkan sebagai pemain tempatan. Jika ini berlaku, Adakah Hariss akan kembali ke JDT pada musim hadapan? JDT perlu memperkuatkan pasukan musim depan untuk mengejar slot Piala ACL 2019.

Terus kekal bersama Home United?

Jika kelab CE L’Hospitalet masih menghadapi masalah, adakah JDT akan menyambung pinjaman ke Home United sehingga habis musim ini? Pada masa yang sama, Home United telah layak ke zonal final untuk zon Asean. Jika menang, Home United boleh mendaftarkan Hariss Harun sebagai pemain mereka.

Dengan lebih perlawanan yang dihadapi oleh Home United, ini memberikan peluang kepada Hariss Harun untuk mendapatkan lebih minit perlawanan. Penyokong JDT juga pastinya mengharapankan Home United dapat melangkah ke peringkat seteruskan dan dapat melihat aksi Hariss Harun di pentas Asia tersebut.

Menantikan pengumuman rasmi dari JDT

Sebagai penyokong, kami juga ingin mengetahui apakah perancangan yang diatur untuk Hariss Harun. Adalah sangat merugikan jika JDT melepaskan pemain yang bagus ini. Kita sendiri boleh lihat keadaan pertahanan JDT untuk musim ini. Minit-minit terakhir perlawanan pastinya memberikan debaran kepada para penyokong.

Kami akan sentiasa menunggu rasmi JDT mengenai status terkini Hariss Harun.

Baca juga: Aidil, Kunanlan, Fazly dan Azrif Digugurkan, Safiq Calon Kapten Harimau Malaya

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: