Ken Ilso Kedah Vs Jdt

Ken Ilso Dijangka Dapat Diturunkan Menentang JDT Pada Final Piala Malaysia

 

Kecederaan tumit kanan penyerang Kedah, Ken Ilso Larsen beransur pulih dan dijangka mampu diturunkan pada final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) JDT di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof berkata, laporan diterima dari pasukan perubatan pasukan juga positif dan beliau berharap tempoh rehat diberikan cukup untuk pemain itu sembuh.

[AdSense-B]

Mesin gol Lang Merah itu tidak dapat diturunkan pada separuh akhir kedua Piala Malaysia bertemu Felda United dan juga pada perlawanan akhir Liga Super bertemu JDT kelmarin.

“Minggu ini kita akan serius dengan latihan dan pemain tidak alami cedera cuma hanya Ken Ilso sahaja cedera tumit kanannya. Kita harap beliau cepat sembuh,” katanya.

Tambah pengendali tersebut moral pemainnya berada pada tahap terbaik bagi menghadapi perlawanan akhir kali kedua mereka pada musim ini termasuk berusaha untuk mempertahankan gelaran juara Piala Malaysia.

Mengulas kejayaan mengikat JDT walaupun menurunkan barisan keduanya, Nidzam Adzha memuji pemain mudanya kerana mampu mengalas tugas.

[AdSense-B]

Menurutnya, Kedah juga berhasrat memburu gol pada perlawanan berkenaan.

“Kita bermain seperti biasa dan cuba kuasai permainan, cuba cari gol jika ada peluang tapi kualiti lawan baik dan setakat itu sahaja yang pemain mampu tunjukkan dan ia sudah cukup memandai,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Hazwan Bakri Pakar Final Piala Malaysia

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: