Farizal Jeju United

Kenapa Farizal Mendapat Hukuman Lebih Berat Dari Pemain Jeju United Yang Memukul Pemain Lawan?

Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC telah bersidang pada hari semalam untuk membincangkan dan seterusnya untuk menetapkan hukuman yang sesuai dikenakan kepada pemain-pemain dan pegawai yang terlibat dalam 2 kejadian yang berlaku dalam Piala AFC dan ACL.

Kejadian pertama – Pemain Jeju United memukul pemain Urawa Red Diamond

Anda boleh lihat sendiri kejadian yang berlaku pada video dibawah ini. Tiga orang pemain Jeju United didenda oleh AFC dengan hukuman yang berikut.

Cho Yong Hyung

Kesalahan – Pemain ini diarah keluar padang oleh pengadil pada minit ke 81 apabila menerima kad kuning kedua. Walaupun disingkir keluar padang, pemain ini masuk semula ke dalam padang apabila tamat perlawanan dan menunggunakan tangannya menolak pengadil.

Hukuman – digantung 6 bulan denda USD20,000

Baek Donggyu

Kesalahan –  Pemain merupakan pemain simpanan yang tidak digunakan, dibuang pada oleh pengadil pada minit ke-119 dan menyerang muka pemain lawan dengan mengunakan siku.

Hukuman – digantung 3 bulan denda USD15,000

Kweon Hanjin

Kesalah – Pemain ini dibuang padang semasa kejadian tersebut kerana memukul muka pemain lawan dengan menggunakan tangannya.

Hukuman – digantung 2 perlawanan dan denda USD1,000

Kejadian kedua – Farizal menolak pengadil

Kesalahan – dibuang padang oleh pengadil kerana menggunakan penumbuknya untuk menolak pengadil didadanya. Selepas dibuang padang, sekali lagi menggunakan penumbuk dan tangan menolak pengadil didadanya, menggunakan tangan menolak pembantu pengadil kedua, menggunakan bahu menolak pembantu pengadil pertama dan menggunakan tangan menolak pegawai keempat semasa dia keluar dari padang yang menyebabkan perlawanan tertangguh.

Hukuman – digantung 12 bulan dan denda USD40,000.

Apakah komen JDT mengenai hukuman ini?

Melalui post terkini di fanpage JST mereka akan menghormati penuh keputusan ini. Berikut adalah kenyataan penuh dari Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards.

Berkenaan denda yang telah dikenakan kepada Farizal Marlias, penjaga gol Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Kami menghormati dan akan mematuhi keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib AFC serta kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada AFC.

Ini harus dijadikan sebagai pengajaran kepada setiap pemain untuk sentiasa mematuhi undang-undang permainan dan bersikap professional. Sebagai sebuah kelab, kami berharap dan akan memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

Rumusan

Farizal melakukan lebih kurang 5 sentuhan atau tolakan terdapat pengadil dan pegawai pertanding. Sentuhan keatas pengadil merupakan kesalahan berat. Disebabkan ini dia mendapat hukuman yang lebih berat dari pemain Jeju United yang lain. Kami juga berharap perkara ini yang terakhir dari pemain JDT.

Nota: Kesalahan dan hukuman berdasarkan laporan yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC. Boleh baca disini.

Baca juga: Farizal Digantung 12 Bulan Serta Denda, Mora Hanya Didenda

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: