Mohammed Ghaddar Pemain Import Baru JDT 2017

Kenapa Ghaddar Tidak Dibawa ke Filipina Bertemu Ceres Negros FC?

Pada malam ini, satu perlawanan penting antara JDT dan Ceres Negros FC akan berlangsung malam ini. Pemenang akan bertemu dengan Home United dari Singapura di pusingan zonal final. Kami dapati ada sesetengah penyokong JDT yang masih bertanyakan mengenai Mohammed Ghaddar.

Dalam artikel ini kami akan menerangkan status Ghaddar dalam kejohanan Piala AFC 2017. Secara asasnya, Ghaddar belum didaftar untuk bermain dalam kejohanan ini. Tidak didaftarkan maka tidak boleh bermain. Jika tidak boleh bermain buat apa dibawa ke Filipina.

Jendela pendaftaran pemain untuk Piala AFC 2017

Secara asasnya ada 3 jendela pendaftara dalam kejohanan ini:

Jendela pendaftaran 1:  Kelayakan Play Off, Play Off Peringkat Kumpulan dan Pusingan Kalah Mati 16

Jendela pendaftaran 2: Peringkat Kumpulan dan Zonal Semi Final

Jendela pendaftaran 3: Zonal Final, Inter Zone Semi Final, Inter Zone Final dan AFC Cup Final

pendaftaran pemain afc cup 2017

Berdasarkan perkara 23 dan 25 dalam manual pertandingan AFC Cup, JDT hanya boleh mendaftarkan Ghaddar untuk beraksi dalam AFC Cup 2017 pada jendela pendaftara 3, sekiranya layak ke peringkat Inter Zone Semi Final. JDT perlu melepasi Ceres Negros FC dan kemudian Home United untuk melihat Ghaddar beraksi dalam Piala AFC sebagai pemain JDT.

Walaupun begitu lokasi sebenar Ghaddar berada sekarang kami pun tidak mengetahui. Dia juga tidak kelihatan semasa sesi latihan terakhir sebelum berangkat ke Filipina. Kemungkinan besar pihak pengurusan memberikan pelepasan kepadanya untuk balik ke Lubnan menyambut puasa dan hari raya bersama keluarga disana.

Baca juga: Piala AFC 2017 : 5 Perkara Yang JDT Perlu Lakukan Untuk Menghadapi Ceres Negros FC

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: