Benarkah “Left Group” Bermakna Putus Silaturahim

Ini Sebab Kenapa Tak Boleh Left Group Whatsapp Secara Tiba-Tiba Dan Hukumnya

Pengguna applikasi whatsapp mesti join banyak group, betul tak? Group bekas pelajar sekolah, group sekolah anak, group rakan sekerja dan banyak lagi jenis group yang di wujudkan untuk memudahkan penyampaian maklumat dan meneruskan silatulrahim dengan kawan-kawan lama.

Namun, kadang kala apabila group terlalu aktif dan perbualan kurang menarik minat kita. Ada yang memilih sekadar untuk scroll tanpa membaca tak kurang juga yang mengambil jalan mudah dengan meninggalkan kumpulan tersebut atau “left group”.

Apabila seseorang meninggalkan kumpulan dalam Whatsapp, notifikasi akan tertera pada group tersebut. Mereka yang tiba-tiba keluar group tanpa memaklumkan sebabnya mungkin kerana sudah tidak berminat untuk kekal dalam kumpulan. Disini akan wujud situasi dimana ahli lain akan membuat andaian seolah-olah pihak yang keluar tu ingin memutuskan silaturahim.

Ustaz Azhar Idrus Jawab Soalan “Apa Hukum Left Group Whatsapp? ”

Hukum Left Group Whatsapp

“Bila kita ‘left group’ bukan kita putus silaturahim…putus silaturahim ini haram dosa besar, berat sangat itu sebagai contoh kalau putus silaturahim ini ada bapa saudara buang bapa saudara ‘left group’ bukan sampai tahap begitu,” demikian penjelasan pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus ketika ditanya mengenai hukum seseorang yang bertindak ‘left group’ WhatsApp.

Azhar Idrus berkata, oleh itu jika seseorang itu hendak ‘left group’ mereka disarankan agar memberitahu terlebih dahulu agar tidak menimbulkan sebarang andaian yang negatif.

“‘Left group’ ini ada pelbagai alasan, kadang-kadang sebab kita tidak suka keadaan orang yang berbual dalam itu, kadang-kadang kita rasa grup itu tiada faedah, dan kadang-kadang terlalu banyak group.

“Cuma sebaik-baiknya kalau kita tidak nyatakan sebab biarlah orang tahu sebabnya, bila orang sudah tahu mereka tidak tertanya-tanya… Bila kita nak keluar minta maaf, nyatakan sebab, jadi boleh ‘left group’ tiada masalah,” katanya ketika menjadi panel dalam Program Bersama Ustaz Azhar Idrus, Aku, Ramadan dan Facebook di Dewan Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.

Dalam pada itu, Azhar Idrus menyarankan agar pengguna media sosial menggunakan platform teknologi itu, untuk menyebarkan dakwah dan perkara-perkara yang baik melaluinya.

“Bukan perkongsian hadis dan dakwah-dakwah sahaja, perkongsian tentang ilmu semasa seperti ‘bagaimana untuk memasak dengan baik’ juga boleh dikongsi di media sosial,” katanya

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *