Piala Malaysia 2017

Keputusan Undian Piala Malaysia 2017, Adakah JDT Berada Dalam Kumpulan Maut?

Sebentar tadi tamatlah acara pengundian peringkat kumpulan Piala Malaysia 2017 yang diadakan dalam rancangan Scoreboard Extra Time di TV9.

JDT diundi dalam kumpulan D bersama dengan pasukan Selangor, Sarawak dan Terengganu. Perlawanan pertama akan bermula pada bulan Julai dan jadual penuh akan dikeluarkan oleh FMLLP sedikit masa lagi. Mengikut senarai undian peringkat kumpulan, kami rasanya JDT berada dalam kumpulan maut.

Kami menjangkaan JDT akan melalui laluan yang sukar untuk ke pusingan suku akhir kerana jika berdasarkan musim yang lepas, JDT pasti akan menggunakan pasukan pelapis atau kedua untuk mengharungi Piala Malaysia. Tiga pasukan yang lain mempunyai pengalaman yang luas dalam Piala Malaysia dan pernah atau sedang beraksi dalam Liga Super.

Berikut adalah senarai penuh semua kumpulan

Kumpulan A

A1 : PAHANG
A2 : T TEAM FC
A3 : NEGERI SEMBILAN
A4 : PKNP FC

Kumpulan B

B1 : PERAK
B2 : FELDA UNITED FC
B3 : PKNS FC
B4 : KUALA LUMPUR

Kumpulan C

C1 : KEDAH
C2 : KELANTAN
C3 : MELAKA
C4 : UITM FC

Kumpulan D

D1 : JDT
D2 : SELANGOR
D3 : SARAWAK
D4 : TERENGGANU

Baca juga: 4 Sebab Sesetengah Penyokong JDT Tidak Bersetuju Dengan Perpindahan Ghaddar

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: