Kucing

Kerap Beri Makan Kucing Jalanan Di Makkah & Madinah, Allah Bantu Dapatkan Tempat Solat

Dalam sejarah Islam, kucing memiliki keistimewaan yang sangat luar biasa. Baginda Nabi berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya seperti menyayangi keluarga sendiri. Sesungguhnya kucing adalah makhluk yang manja dengan manusia.

Tak rugi pun jika kita berkongsi sedikit makanan dengan haiwan kesayangan Rasulullah SAW ini malah si bulus akan mendoakan rezeki kita. Apa lah salahnya mengasingkan sedikit makanan yang kita makan untuk diberikan kepada makhluk comel ini.

Ikuti perkongsian seorang jemaah haji yang memberikan makanan kepada kucing-kucing jalanan ketika berada di tanah suci Makkah. Apa yang dialaminya begitu menginsafkan, betapa besar ganjaran Allah kepada HambaNya yang berbuat sesama makhluk ciptaanNya.

KISAH KUCING-KUCING JALANAN DI MEKAH DAN MADINAH

Sejujurnya selain daripada excited untuk datang mengerjakan haji di Baitullah, untuk melihat Kaabah, menziarah tempat-tempat sejarah peninggalan para-para Rasul & Nabi, Cikgu Molly juga amat teruja utk menziarah ke Masjid Jin dan Masjid Kuching di Mekah..

Dan Cikgu Molly still berpuas hati walaupun hanya dpt melihat Masjid Jin hanya dari tingkap bas tapi Cikgu Molly merasa kecewa kerana tidak brkesempatan menziarah ke Masjid Kuching kerana tanpa pengetahuan i, Masjid Kuching itu telah lama dirob0hkan bagi memberi laluan kepada pembesaran dataran Masjidil Haram dan pembangunan di sekitar kawasan Masjid..

Di bawah ialah foto Mesjid Kucing (sebelum dirob0hkan ) atau Mesjid Royah@mesjid Ar-Rayah dan mesjid ini juga merupakan rumah sahabat Rasullullah yaitu Abu Hurairah (yg jg dikenali sbgai Bapak Kucing ). Letaknya 750 m sebelah utara Masjidil Haram diujung Pasar Seng Mekkah..

MENGAPA DINAMAKAN MASJID KUCHING?

Kerana mengikut Sejarah, dulu Rasullullah pernah bersholat bersama sahabat”nya di mesjid itu, disaat Rasul sujud kucing menaiki punggung beliau dan beliau menunggu hingga kucing itu turun, barulah beliau bangkit dari sujudnya..

Dan after that, disitu juga dulunya banyak sekali kucing kerana kawasan mesjid itu dikelilingi oleh banyak restauran yg cukup terkenal di kalangan para jemaah haji dan umrah.

Amat malang i rasa kerana masjid yg begitu bersejarah telah dirob0hkan atas sebab2 mekah dilanda arus pembangunan dan kemodenan..

KURUS DAN TAK CUKUP MAKAN

Ok lah, berbalik pada cerita asal, mula-mula tiba di Mekah dan melihat kucing-kucing yg berkeliaran di kawasan hotel, terdetik juga dihati, kenapa kucing kucing di sini kelihatan sangat KURUS, berkepala besar tapi bahagian badan jadi kurus dan memanjang, kelihatan lemah kotor sakit dan kelaparan, tidak mcm digambar gambar yg i lihat sebelum ini, dari album my friends yg pergi haji dan umrah, kucing2 mekah/madinah yg comel, berbulu cantik dan gebu, walaupun mereka hanya kucing2 jalanan.

Then bila i dpt tahu Masjid Kuching itu telah dirob0hkan, baru i realize, kucing2 itu semua dah jadi mangsa keadaan.. Dulu masa Masjid Kuching masih ada, ianya menjadi tumpuan semua kucing kucing jalanan yg ada sbb tahu di situ pusat makanan dan mereka juga tahu, mereka tidak akn kelaparan sepanjang mereka tinggal di sana. Sbb bukan saja Masjid Kuching malah mereka sendiri menjadi tarikan semua jemaah utk ke sana selain drpd bersolat dan menziarah adalah juga utk memberi makan kepada semua kucing2 yg ada..

MASJID DIROBOHKAN

But since Masjid itu telah di rob0hkan, kesemua kucing kucing itu hilang ‘SYURGA” @tempat yg menjadi sumber makanan mereka dan mereka mula berkeliaran di jalanan.. Sedih sungguh hati melihat haiwan haiwan kesayangan Nabi Muhamad ini berkeliaran dan nampak kelaparan dikaki lima jalanan sepanjang di Mekah dan Madinah..

Peniaga peniaga makanan pun semuanya nampak kedekut dan berkira utk memberi makanan pd kucing2 ni semua.. Ada peniaga2 yg menyimbah air dan menyepak kucing2 ini jika kucing2 jalanan ini menghampiri gerai gerai makan mereka.

Selain dripd Jemaah jemaah yg baik hati yg dtg mengerjakan Haji, hanya segelintir sahaja masyarakat Arab yg baik hati dan sanggup berkongsi makanan mereka dgn kucing2 yg menunggu meminta habuan makanan..

JEMAAH HATI KERING

Saya pernah melihat perangai buruk Jemaah M’sia yg ‘leb4m hati’ boleh tu memakan makanan yg ditangan mereka sehingga habis dan langsung tidak memperdulikan si ibu dan anak kucing yg melangut ditepi kaki mereka lebih dari 15min, mengharapkan secebis daging ayam dari tangan jemaah itu. I yg melihat kejadian itu terasa airmata mengalir ditubir mata dan ‘hilang perasaan malu’ i terus mengutip sisa ayam yg jemaah tu buang dlm tong sampah dan memberi anak dan ibu kucing itu makan..

Kedua dua kucing yg lapar itu makan dgn lahapnya dan seorg jemaah lelaki itu mmberi pandangan yg sinis pd i.. mungkin termalu dgn kejadian itu atau menyindir i yg sanggup mengutip sisa makanan dia utk diberi pd 2 ekor kucing tersebut..

Sejujurnya juga i nak berkongsi cerita di sini, malam selepas i selesai buat tawaf haji dan saei dgn jiran sebilik i itu, selepas solat sunat, kami meraikan kegembiraan kami dengan membeli 2 ekor ayam panggang Al Bait dan meminta pekedai memotong halus halus ayam tersebut dan kami berdua mnghabiskan masa hampir 3 jam mencari dan memberi makan kucing kucing jalanan di Mekah malam itu..

Bukan tak sayang duit rm45 rial tu tapi tak tahu kenapa, i just want to do that instead mmbelanjakan duit i itu bersama makan2 dan meraikan bersama rakan rakan sebilik..Tahu kenapa i buat mcm tu, sbb since i tengok jemaah haji yg ‘leb4m hati’ itu dan pekedai2 yg berkira dlm mmberi kucing makan, since that, i selalu kumpul lauk pauk yg tak habis yg rakan2 sebilik i dan yg i tak lalu makan, bungkus dan every time i pegi solat di masjidil haram, i akan singgah sepanjang2 jalan memberi kucing2 jalanan yg kelaparan ni makan..

HIKMAH BERI KUCING MAKAN

This is another thing why my jiran sebilik tu marah, sbb katanya i suka melengah lengahkan masa but i dont care, i just do what i felt good n i ckp ke dia, if tak nak tunggu i tak apa, awak jalan ja dulu, nnti kita jumpa di masjid. Fadhilat yg i dapat selepas itu mmg i tak sangka. Mungkin kerana i selalu bagi kucing2 yg kelaparan tu makan, lambat mcmana pun, i akn selalu dapat tempat solat yg berhampiran dgn Kaabah, brdepan pancur emas, berdepan pintu Kaabah dan selalu dapat saf solat yg selesa. Tapi jiran sebilik i tu pula, walaupun jalan dulu dari i but still terlepas masuk ke mesjidil haram dan terpaksa solat di dataran mesjid jaa. Dan sbb tu bila i kata i nak bagi Kucing makan malam selepas kami selesai saei Haji, my jiran bilik sebelah tu said Ok n tak banyak complain dah.. hehehe..

Inilah diantara salah satu cerita keajaiban Tanah Haramain yg i alami dan banyak lagi keajaiban yg i tempuhi sepanjang mengerjakan Haji disana.. Pengalaman suka duka, ujian dan kebesaran Allah swt yg i tak boleh nafikan dan i masih lagi hidup untuk mnjadi bukti dan bercerita tentang peristiwa yg i alami disana..

Allah Ya Allah, rindunya pada Kaabah, rindunya pada bumi Mekah, rindunya pd Masjid Nabawi dan wangian Kasturi di Kelambu Kaabah, Raudah & Makam Rasulullah..

Allah Ya Allah, ada rezeki, jemputlah lagi aku ke sana..

Sumber : Molly Azalli

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: