Ketagih Kerepek Kentang

Inilah Cara Kurangkan Ketagihan Terhadap Makanan Ringan, Yang Nak Diet Take Note

Makanan ringan adalah makanan yang kurang khasiatnya. Pengambilan makanan ringan harus dikurangkan kerana ianya boleh mendatang keburukan kepada seseorang. Kurangkan pengambilan makanan ringan dengan mencuba makanan yang membantu ketagihan anda kepada ‘jajan’ ini.

Ini senarai makanan yang akan membantu kamu lupakan makanan ringan.

Bertih Jagung

Rasanya macam kunyah angin, tapi ia sebenarnya sumber serat kecil yang akan mengenyangkan kamu. Tapi, hati-hati dengan bertih jagung bersadur (karamel contohnya) kerana ia kaya lemak, gula dan garam tambahan. Lain dah tu!

Coklat Gelap

Kajian menunjukkan makan beberapa keping coklat gelap boleh mengekang keinginan untuk makanan ringan yang masin dan manis. Apatah lagi, ia meningkatkan endorfin baik, memberikan kamu tenaga diingini.

Yogurt Rendah Lemak

Protein ambil masa untuk ‘meninggalkan’ perut dan produk tenusu ini mengandungi dua kali ganda kandungan protein daripada makanan biasa.

Sup Sayur

Satu cawan sup sayur akan buat kamu rasa kenyang. Sebab pertama, sayuran kaya dengan serat, dan kedua, sup akan penuhkan ruang dalam perut. Rasanya pun sangat lazat!

Keju

Ya, percayalah. Beberapa keping cheddar biasa di waktu tengahari akan buat kamu kenyang, berbeza jika kamu mengunyah makanan ringan. Keju kaya protein yang mampu mengekalkan jumlah otot dan menaikkan metabolisme.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *