Kiko Insa Jdt

Kiko Insa Sah Milik JDT

Pemain pertahanan kebangsaan, Kiko Insa mengesahkan dia bakal beraksi dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menandatangani kontrak selama dua tahun bersama kelab juara Liga Super itu, kelmarin.

Bekas pemain kelab liga utama Thailand, Bangkok Glass itu amat gembira dengan peluang diberikan oleh JDT, apatah lagi dapat beraksi bersama abangnya, Natxo Insa.

“Saya sangat gembira kerana abang saya ada di sini dan saya juga mengenali ramai pemain kebangsaan dalam pasukan ini, jadi saya selesa.

[AdSense-B]

“Saya fikir tidak ada masalah untuk menyesuaikan diri kerana saya mengenali mereka, jadi mudah untuk saya memulakan cabaran baharu bersama pasukan ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Spekulasi mengenai perpindahan Kiko, 30, yang berasal dari Sepanyol namun memiliki taraf kerakyatan negara ini ketika menyertai Pahang pada 2017 mula diperkatakan apabila gambarnya berlatih bersama JDT dimuat naik di Facebook rasmi kelab itu, JOHOR Southern Tigers.

JDT vs Melaka United Natxio Insa

Selepas meninggalkan Pahang selepas tamat musim lalu, Kiko hanya sempat beraksi empat kali dengan Bangkok Glass sebelum meninggalkan kelab itu pada pertengahan bulan ini.

Kehadiran Kiko pastinya akan memantapkan lagi skuad pendahulu liga JDT yang sebelum ini sudah merancang untuk membawa masuk beberapa pemain baharu pada jendela perpindahan kedua bermula 7 Mei hingga 3 Jun ini.

[AdSense-B]

“Sudah pasti saya mahu membantu pasukan memenangi gelaran liga, itu adalah sasaran utama dan kemudian fokus kepada saingan Piala Malaysia. Kami akan cuba memenanginya seperti tahun lalu, tapi ia bukan mudah, jadi kami perlu berusaha keras,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Selangor Idam Lakar Kejutan Di Larkin

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: