Syarikat Penapis Air Terkenal Menipu

KPDNHEP Kesan Ejen Syarikat Penapis Air Terkenal Disyaki Cuba Perdaya Pengguna

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu menyerbu cawangan sebuah syarikat pengedar penapis air terkenal dari Korea Selatan kerana disyaki melanggar Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 memperdaya pelanggan baru-baru ini.

Serbuan premis tersebut di Dataran Austin, Kuala Nerus pada 14 Januari lalu dilakukan selepas mendapat aduan daripada tiga pengguna yang mendakwa diperdaya ejen syarikat jualan langsung itu pada empat bulan lalu.

Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, kesemua pengguna mendakwa ejen syarikat jualan langsung berkenaan mengunjungi rumah mereka di Kelulut, Marang menawarkan produk penapis air dan penapis udara yang kononnya percuma.

“Mereka mendakwa telah menyerahkan salinan Mykad dan kad debit bank selepas menerima produk yang dikatakan percuma tersebut.

“Begitu pun, kesemua mangsa tiba-tiba surat pengingatan bank antara RM217 dan RM364 berhubung tunggakan pembayaran ansuran bulanan produk penapis air dan udara berkenaan baru-baru ini sebelum membuat aduan kepada pihak kami pada 8 Januari lalu,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat KPDNHEP Terengganu di sini hari ini.

Saharuddin berkata, salah seorang pengadu juga mendakwa perlu melunaskan tunggakan ansuran bank walaupun tidak menerima produk penapis air tersebut.

Sumber: Kosmo Online

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: