JDT 0 Selangor 0 2017

Laporan perlawanan: JDT 0 Selangor 0

JDT terlepas peluang untuk mengumpul 3 mata apabila sekadar seri JDT 0 Selangor 0 dalam aksi ke-4 Liga Super 2017 malam tadi.

Aksi pada 15 minit babak pertama tampak begitu sukar buat tuan rumah untuk menyusup masuk ke dalam kotak penalti pelawat tatkala anak didik P Maniam mengamalkan corak berkampung di kawasan sendiri.

Gerakan menarik JDT yang dimulakan oleh Guerra pada minit ke-19 hampir memerangkap penjaga gol, Mohd Khairul Azhan Khalid, namun Alex tidak sempat untuk menyambar bola yang sekadar melintang di depan gol.

Malah selang seminit kemudian bola rembatan Brian Fereirra dari jarak 20 meter menyaksikan Mohd Khairul Azhan terpaksa melayangkan badan untuk menepis bola yang menuju tepat ke gawang gol.

JDT 0 Selangor 0 cabrera 2017

Mohd Khairul Azhan masih kebal menjaga gawang gol apabila menangkap bola rembatan deras Guerra pada minit ke-31 selepas menerima bola sepakan lintang Alex.

Tindakan Alex yang merembat bola menyaksikan bola terkena tangan kapten Mohd Razman Roslan dan pengadil perlawanan, Mohd Zohri Tajuddin tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-38 namun Mohd Khairul Azhan berjaya menafikan bola sepakan Fereirra.

Bersambung babak kedua, tuan rumah menggandakan asakan untuk memburu gol pertama namun masih gagal untuk menghasilkan jaringan walaupun melancarkan gerakan berbahaya di posisi sayap kiri dan kanan.

Kesebelasan utama:

JDT 0 Selangor 0 kesebelasan utama

Farizal Marlias, Azammuddin Akil, Amirul Hadi Zainal, Marcos Antonio, Safiq Rahim (C), Brian Ferreira (Hazwan Bakri 75), Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Fazly Mazlan, Gabriel Guerra (Safawi Rasid 73), Fadhli Shas (Hazwan Bakri 79).

Pemain simpanan yang tidak diguna:

Izham Tarmizi, Hasbullah Abu Bakar, Mahali Jasuli, Nazmi Faiz

Kad kuning:

Safawi Rasid

Baca juga: Previu Liga Super #4: JDT vs Selangor, rekod dan statistik


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: