Leonel Nunez Jdt

Leonel Nunez Teruja Dan Gembira Dapat Kembali Ke JDT

 

Anda masih ingat dengan Leonel Nunez? Ingat tak import JDT yang paling boroi? Itulah Leonel Nunez. Pemain yang mengejutkan penyokong dan team lawan dengan susuk tubuh yang buncit namun mempunyai tendangan lencong yang amat padu.

Melalui laman instagramnya, Nunez dengan rasa teruja dan gembira akan melawat kelab terbesar di Malaysia iaitu JDT pada 21/10/2017. Selain itu, Nunez merasa bangga berada dalam skuad JDT tahun 2013 dan menjadi kenangan manis buat selamanya.

[AdSense-B]

“Saya tahu penyokong mungkin melupakan statistik dan jaringan saya, tetapi saya tidak akan melupakan apa yang penyokong lakukan yang menyentuh perasaan saya. Kita akan berjumpa nanti”, tambah Nunez lagi.

Buat pengetahuan Nunez, jaringan Nunez sentiasa melekat dalam fikiran kami. Kami juga mengikuti perkembangannya di Indonesia dan kami membuat satu video jaringan pertamanya di Indonesia. Boleh tonton video tersebut dibawah ini.

Pada tarikh tersebut juga akan berlangsungnya separuh akhir kedua Piala Malaysia antara JDT dan Perak di Stadium Larkin. Pada pandangan kami, Nunez akan berada di stadium Larkin untuk memberikan sokongannya kepada JDT. Mungkin BOS boleh jemputnya ke curva dan chant “Matyo Tak Salah”. Selamat kembali

[AdSense-B]

Boleh tonton jaringan pertama Nunez bersama JDT dalam video dibawah pada minit ke 2.29.

Baca juga: Amirul Tak Mahu Lepas Peluang Tewaskan JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: