Jdt Vs Kedah Piala Sumbangsih 2017 Line Up

Liga Super #1 JDT vs Kedah: Piala Sumbangsih – Kad merah mengubah segalanya?

Analisis JDT vs Kedah ini sangat menarik untuk diceritakan berdasarkan pada perlawanan malam tadi. Kedah telah pun memenangi Piala Sumbangsih 2017 ini melalui sepakan penalti. Selepas keputusan seri 1 -1 dicatatkan selepas tamat masa penuh.

Ini merupakan ujian pertama untuk jurulatih yang baru sahaja dilantik, Benjamin Mora. Setelah pergi nya Mario Gomez, kami merasakan peminat pasukan JDT pasti ternanti-nanti apa corak permainan yang akan dipersembahkan.

Formasi Permulaan

Nampaknya Benjamin Mora masih mengekalkan hampir kesemua kesebelasan utama yang digunakan Mario Gomez. Menggunakan formasi 4-2-3-1 nampak nya Mora cuba menambah baik dari formasi asal kebiasaan 4-4-1-1.

Masih lagi dengan barisan 4 pertahanan terbaik pada musim lepas. 4 pemain ini terus menjadi kepercayaan Mora untuk melindungi penjaga gol, Farizal Marlias.

Double-pivot telah digunakan pada perlawanan ini. Pemilihan Amirulhadi dan Safiq Rahim untuk mengisi bahagian tengah ini telah membayangkan perlawanan berintensiti tinggi. Amirulhadi lebih banyak bertindak dibawah untuk melakukan dirty-work. Safiq pula bebas bergerak secara box-to-box untuk bertahan dan menyerang.

[AdSense-B]

Gonzalo Cabrera diletakkan di sayap kiri dan Azamuddin di sayap kanan. Kami percaya Azamudin di pilih kerana prestasi beliau yang agak baik ketika bertemu Buriram kelmarin.

Brian Ferreira menjadi pengganti kepada Jorge Pereyra Diaz dalam perlawanan ini. Menjadi backup striker kepada Hazwan Bakri. Kami tidak terkejut dengan pemilihan Hazwan kerana kualiti yang ada pada nya memang layak untuk beliau diberikan peluang.

JDT Bermula Garang

jdt vs kedah piala sumbangsih 2017 asri

JDT bermula garang pada perlawanan ini apabila dalam tempoh 15 minit sudah ada beberapa percubaan berbahaya telah dilakukan. Ini hasil daripada kelemahan bek kiri pasukan Kedah yang kelihatan agak gugup pada perlawanan ini.

Azamudin, Kunalan dan Ferreira betul-betul buat malam bek kiri Kedah tidak tenang. Bersilih ganti serangan dari sebelah kiri ini. Kami dapat simpulkan Ferreira sudah mula serasi dengan taktikal pasukan.

Kerajinan Kunalan untuk naik membantu serangan JDT membuatkan pasukan Kedah bertubi-tubi diserang. Azamudin membuktikan kenapa posisi sayap kanan ini milik beliau sejak musim lepas lagi.

Cuma Hazwan bagi kami yang agak tenggelam dalam sistem serangan ini. Beliau kelihatan seperti tidak tahu apa perlu dibuat ketika menyerang dan diserang oleh pasukan lawan.

Gol JDT memberikan sinar

jdt vs kedah piala sumbangsih 2017 gol penalti

Akhirnya pada minit 40, Brian Ferreira telah dijatuhkan di dalam kotak penalti. Pengadil telah memberikan sepakan penalti kepada pasukan JDT .

Seperti biasa, Safiq Rahim memang tidak pernah mengecewakan jika diberikan tugas untuk mengambil sepakan.Dan akhirnya JDT mendapat gol pendahuluan setelah Safiq menjaringkan gol itu.

Gol ini telah memberikan sinar dan semangat yang baru kepada JDT untuk menghabiskan sisa separuh masa pertama.

[AdSense-B]

Kad Merah Telah Mengubah Segalanya

jdt vs kedah piala sumbangsih 2017 kad merah

Sebelum tamat permainan separuh masa pertama, Kunalan telah melakukan 1 kekasaran. Ia membawa kepada kad kuning kedua kepada beliau dan seterusnya diperintah keluar padang.

Sebelum itu beliau telah mendapat kad kuning lebih awal. Ketiadaan Kunalan di bek kanan sangat dirasai oleh pasukan JDT. Mujur tinggal 3 minit sahaja sebelum wisel penamat separuh masa di tiupkan.

Memasuki babak kedua, Azrif dibawa masuk menggantikan Azamudin. Azrif bermain di posisi yang telah ditinggalkan oleh Kunalan pada akhir separuh masa pertama itu.

Dengan kemasukan Azrif beberapa perubahan posisi terpaksa dilakukan. Barrales yang sebelum itu lebih awal masuk menggantikan Hazwan menjadi penyerang tunggal di atas. Sambil Ferreira di letakkan di sayap kanan untuk menggerakkan serangan dari sayap.

Gol Kedah Memusnahkan Segalanya

Pertukaran terakhir menyaksikan Fadhli Shas masuk menggantikan Aidil Zafuan yang tercedera.Ini merupakan pertukaran yang terpaksa dilakukan kerana kecederaan Aidil.

Akhirnya, disebakan kelekaan pemain JDT sendiri, pemain Kedah telah menjaringkan gol penyamaan pada minit 63 hasil rembatan luar kotak penalti. Kami merasakan kedudukan Farizal Marlias ketika menjaga gawang merupakan faktor utama jaringan ini dapat dihasilkan.

Jika beliau lebih bersedia dan berada di kedudukan yang lebih baik, pasti gol ini dapat diselamatkan. Seperti kami pernah kata Farizal Marlias bukan lah seorang pemain big-game yang mampu mengawal gawang dengan baik. Sudah beberapa kali kelalaian beliau telah kami kesan sejak dari perlawanan pra musim.

Apa kata coach Benjamin Mora – JDT vs Kedah

jdt vs kedah piala sumbangsih 2017

Hari ini adalah permulaan kitaran baru di JDT, sepertimana setiap permulaan baru sentiasa memerlukan masa, namun JDT tidak mempunyai banyak masa untuk membuat perubahan yang kami mahukan untuk menjadi sebuah pasukan yang lebih baik kerana kami adalah juara dan para pemain telah ditanamkan dengan mentaliti juara.

JDT sedang dipertingkatkan dari segi corak permainan, dengan elemen permainan JDT dalam kebanyakan masa memerlukan penyesuaian yang cepat antara saya dan pemain atau sebaliknya, keupayaan menyesuaikan diri antara pemain muda tempatan baru dan pemain senior serta keserasian antara pemain luar negara baru yang berkualiti.

Kami akan sampai ke arah itu tidak lama lagi, hari ini agak sedih buat kami kerana tidak dapat memenangi Piala Sumbangsih buat kali ketiga. Pasukan saya berjuang seperti harimau, bermain selama 50 minit dengan 10 pemain di atas padang menentang satu pasukan yang bagus.

[AdSense-B]

Kami berjaya menamatkan lebih 90 minit permainan dengan kesudahannya seri 1-1 dan mengutip satu mata untuk Liga Super. Malangnya penentuan melalui penalti kadang-kala tidak diduga dan kami tidak bernasib baik untuk memenanginya.

Kami akan bekerja keras siang dan malam untuk menjadikan Johor berbangga dengan JDT kerana ia telah lama terjadi dari dulu lagi. Hari demi hari. Permainan demi permainan.

Kesimpulan JDT vs Kedah

jdt vs kedah piala sumbangsih 2017 safiq rahim

Pasukan JDT lebih baik dan berhak menang perlawanan ini jika semua pemain lebih komited dan berdisiplin. Kita dapat lihat bagaimana kapten kita, Safiq Rahim melakukan aksi-aksi yang tidak sepatutnya dalam perlawanan ini.

Kami tahu beliau jauh lebih baik berbanding pada perlawanan malam ini.Kelemahan utama kita masih lagi dalam aspek serangan dan bertahan.

Jika tahun lepas kita ada Harris Harun yang mampu mematahkan serangan lebih awal, tapi Amirulhadi tidak mampu melakukakn tugasan ini. Pada pendapat kami, Shakir Shaari lebih layak untuk bermain di posisi ini.

Di bahagian serangan pula, ketumpulan penyudah masih lagi merisaukan kita. Ketiadaan Diaz dan Lucero sangat dirasai. Kemampuan Barrales dan Ferreira pula masih lagi terbatas nampaknya. Kami percaya jika Hazwan diberikan lebih masa bermain, dia mampu untuk menjaringkan gol untuk pasukan JDT.

Pemain Terbaik JDT

Ini rate pemain yang kami berikan berdasarkan persembahan malam tadi, JDT vs Kedah. Dari 10 mata penuh ini point untuk pemain – pemain :

Farizal – 6
Kunalan – 6
Marcos – 7.5
Aidil-7
Fazly -6
Cabrera-7
Amirulhadi-6.5
Safiq-7
Azamudin-7
Brian-8
Hazwan-6
Azrif-6
Barrales-6
Fadhli-6

Kami memilih Brian Ferreira sebagai pemain terbaik untuk pasukan JDT. Kemampuan beliau untuk mengucar- ngacirkan pertahanan lawan boleh dilihat semakin baik. Dan kerajinan beliau untuk mendapatkan bola di kaki pihak lawan sangat terpuji.

Video Highlight JDT vs Kedah Piala Sumbangsih 2017

Baca juga: Perang poster Piala Sumbangsih 2017: Johor DT vs Kedah

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: