HF FT Liga Super Cover Perak Home

Liga Super 2017: JDT 2 Perak 1, Kejuaraan Ke-4 Berturut-turut Semakin Hampir

Perlawanan Liga Super ke-18 menemukan Skuad Harimau Selatan dengan pasukan ‘The Bos Gaurus’ di Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunus, Larkin Johor Bahru. JDT sekali lagi menurunkan barisan terkuat yang sama ketika berpesta gol menentang T-Team pada 22 Julai lalu.

Ulisess Morais seperti biasa tampil dengan formasi 4-3-3 yang menggandingkan Natxo Insa, Afiq Fazail dan Safiq Rahim sebagai nadi dibahagian tengah. Gandingan 3 import utama JDT, Gonzalo Cabrerra, Mohammad Ghaddar dan Gabriel Guerra menjadi harapan utama dibahagian serangan.

jdt vs perak kesebelasan utama

Dibahagian pertahanan pula, Fadhli Shas yang telah menunjukkan peningkatan dalam permainan beliau, terus diberikan kepercayaan untuk berganding bersama Marcos Antonio sambil dibantu S. Kunalan dan Fazly Mazlan.

Mehmet Durokovic pula menampilkan formasi 4-2-3-1 buat anak-anak buahnya. Gilmar yang diletakkan sebagai penyerang tunggal menjadi harapan utama “The Bos Gaurus” menggempur pertahanan JDT sambal dibantu Hafiz Kamal, Yasir Pinto dan Nasir Basharudin sebagai support striker.

SEPARUH MASA PERTAMA

Perak yang memulakan permainan cuba melakukan serangan pertama terhadap kubu JDT, walaubagaimanapun ianya mudah dipatahkan. JDT yang melakukan serangan balas memperolehi sepakan percuma pada minit ke-2 selepas Thiago menjatuhkan Guerra. Sepakan yang diambil Safiq, mudah dikeluarkan pertahanan Perak.

[AdSense-B]

Perlawanan agak panas di awal perlawan apabila kedua-dua pasukan sering melakukan terjahan keras. Perak yang meperolehi sepakan percuma pertama pada minit ke-8, namun sepakan tersebut mudah ditangkap Izham Tarmizi.

Natxo Insa mempunyai peluang untuk menjaringkan gol pertama buat JDT pada minit ke-9, namun sepakannya tinggi melewati palang gol. Minit ke-11, giliran Guerra melakukan percubaan, tetapi percubaanya tersasar disebelah kanan gawang yang dikawal Hafizul.

Seangan bertubi-tubi JDT gagal menembusi gawang Perak. Akibatnya Perak bejaya melakukan ’counter attack’ memperolehi peluang melalui Shahru Saad, walaubagaimanapun percubaan jarak jauh tersebut jauh tersasar. Yasir Pinto dilayangkan kad kuning pertama perlawanan selepas menjatuh kan Ghaddar pada minit ke-16.

Peluang terbaik JDT hadir pada minit ke-19, apabila Safiq Rahim menyambut lorongan S. Kunalan namun mudah di tangkap Hafizul Hakim.

Pada minit ke-24, Gonzalo Cabrerra berjaya melakukan rembatan selepas menngelecek 3 pemain pertahanan namun ditampan Hafizul, Ghaddar gagal menerpa terhadap bola muntah tersebut apabila Thiago berjaya melakukan ‘clearance’. Safiq Rahim mempunyai peluang terbaik apabila menerima hantaran Gonzalo Cabrerra, namun sepakannya berjaya ditampan Hafizul.

Perak yang cuba melakukan serangan balas seringkali teperangkap dengan “high defensive line’ pasukan JDT yang mengakibat barisan serangan mereka dalam keadaan offside. Pada minit ke-32, Perak Berjaya menembusi pertahanan JDT, walaubagaimanapun hantaran lintang Nazirul Naim terus ke dakapan Izham.

Shahrom Kalam dilayangkan kad kuning pada minit ke-37 apabila ‘tackle’ keras beliau menjatuhkan Guerra. Hafizul Hakim sekali lagi menjadi pengahalang buat JDT apabila tandukan Guerra yang menerima hantaran tinggi Afiq Fazail berjaya diselamatkan beliau.

[AdSense-B]

Perak memperolehi sepakan percuma di luar kotak penalty pada minit ke-44 selepas Shahrul Saad dijatuhkan oleh Fazly Mazlan. Hafiz Kamal yang mengambilkan sepakan tersebut melakukan lencongan ke arah penjuru kiri gawang untuk menewaskan Izham Tarmizi untuk gol pertama Perak pada minit ke-45.

Separuh masa pertama berakhir dengan Perak mendahului 1-0. Walaupun serangan bertubi-tubi dilakukan JDT, taktikal pertahanan keras Perak berjaya mengekang asakan skuad Harimau Selatan.

SEPARUH MASA KEDUA

Sebaik bermula separuh masa kedua, pertukaran pertama dilakukan JDT dengan memasukkan Hazwan Bakri menggantikan Afiq Fazail untuk JDT megubah taktikal kepada 4-2-4 dan menguatkan bahagian serangan. JDT terus melakukan asakan dan berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui Fadhli Shas pada minit ke-48.

Gol terhasil apabila sepakan penjuru yang diambil Safiq Rahim disebelah kanan cuba ditumbuk Hafizul, namun bola jatuh ke kaki Fadhli Shas untuk gol penyamaan JDT.

Hafiz Kamal menjadi pemain Perak yang ke-3 dilayangkan kad kuning selepas beliau menjatuhkan Guerra pada minit ke-51. Safiq Rahim yang membuat hantaran melalui sepakan percuma Berjaya ditanduk Guerra namun sedikit tersasar di sebelah kanan gawang.

[AdSense-B]

JDT terus mengasak bertubi-tubi untuk mencari gol pendahuluan dan hasilnya Ghaddar berjaya menyempurnakan gol pada minit ke-60 apabila percubaan Gonzalo Cabrerra pada awalnya ditampan Hafizul ditolak Ghaddar untuk gol ke-2 JDT.

Perak yang tersentak dengan jaringan tersebut mula mengatur serangan. Pada minit ke-65, peluang hadir buat Perak, namun tandukan Gilmar yang menerima hantaran Hafiz Kamal berjaya ditampan Izham.

JDT sekali lagi memperolehi sepakan percuma selepas Hazwan dijatuh kan oleh Thiago pada minit ke-71, sepakan yang diambil Natxo mudah ditangkap Hafizul. Pertukaran kedua JDT dilakukan pada minit ke-74 dengan mengeluarkan Ghaddar dan memasukkan Amirul Hadi Zainal untuk kembali kepada formasi 4-3-3.

Pertukaran ke-3 terus dilakukan JDT apabila tonggak pertahanan JDT, Marcos Antonio dikeluarkan akibat kecederaan. Tempat beliau diambil alih oleh Aidil Zafuan.

Perak kembali mengatur serangan semula untuk mencari gol penyamaan. Gilmar mempunyai perluang pada minit ke-71, namun sepakannya lemah.

Perak melakukan tiga pertukaran pada minit 83 dengan memasukkan Hadi Yahya, Kenny dan Zaquan Adha untuk menggantikan Hafiz Kamal, Nasir Basharudin dan Yashir Pinto. Izham sekali lagi meyelamatkan percubaan pasukan Perak selepas sepakan Shahrul Saad ditangkap kemas beliau pada minit ke-86.

[AdSense-B]

Berbaki 3 minit masa perlawanan, JDT cuba melengahkan masa permainan dengan mengekalkan ‘ball possession’ melalui hantaran-hantaran pendek sehingga tamat 90 minit. 4 minit masa tambahan diberikan pegawai perlawanan dipenghujung perlawanan. Peluang terakhir buat JDT hadir melalui Hazwan Bakri dan Gabriel Guerra. Namun dua percubaan mereka Berjaya dikekang Hafizul hakim dan barisan pertahanan Perak.

Perlawanan berakhir dengan JDT berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di Stadium Larkin di samping terus mengukuhkan kedudukan bagi memperolehi kejuaraan liga melalui keputusan 2-1. Berbaki 4 perlawanan, JDT hanya memerlukan sekuran-kurangnya 2 mata untuk mengesahkan kejuaraan.

Baca juga: Status bukan pilihan beri kelebihan – Zaquan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: