JDT 3 Pahang 2 Kemenangan

Liga Super 2017: JDT 3 Pahang 2, laporan dan video highlights

JDT berjaya menyentap ego Pahang selaku pendahulu Liga Super 2017 selepas menewaskan mereka dengan keputusan JDT 3 Pahang 2 dalam aksi tunggal malam ini di Stadium Larkin. JDT menurunkan kesebelasan yang sama seperti perlawanan menentang Sarawak tempoh hari.

Keazaman JDT untuk menjaringkan gol awal bermula seawal minit ke-6 selepas Gonzalo Cabrera berjaya menyusup masuk ke dalam kotak penalti dan melepaskan sepakan deras namun bola terbias jauh dari arah pintu gol Pahang. Selepas itu, hantaran Junior Eldstal bola pada minit ke-14 berjaya dipintas oleh Muhd Nor Azam Abdul Azih dan dengan pantas mengumpan bola kepada Matheus Alves sebelum merembat menewaskan penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan.

JDT 3 Pahang 2 kesebelasan utama

Tersentak dengan jaringan pendahuluan itu, JDT mula mengatur serangan untuk mencari gol penyamaan, namun keampuhan benteng pertahanan Tok Gajah menerusi gandingan Heo Jae-won dan Mohd Afif Amiruddin sukar diroboh. Malah percubaan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham pada minit ke-25 masih belum mampu menewaskan penjaga gol, Wan Muhd Azraie Wan Teh tatkala bola sekadar sipi dari gawang gol.

Pun begitu, sepakan percuma kapten pasukan, Safiq Rahim dari luar kotak penalti pada minit ke-27 terkena tangan Mohd Afif untuk pengadil perlawanan, Zulkfili Ahmad menghadiahkan sepakan penalti. Safiq yang ditugaskan mengambil sepakan mengundang cemas selepas bola ditampan Wan Muhd Azraie tetapi kepantasan Ahmad Hazwan Bakri yang menyusul menyambar bola muntah untuk menjaringkan gol penyamaan.

[AdSense-B]

Ahmad Hazwan mencetak gol kedua peribadi pada minit ke-36 selepas Safiq bijak melorongkan bola di celah-celah benteng pertahanan lawan yang tampak masih tergamam, dengan rembatan ke sudut kiri menewaskan Wan Muhd Azraie.

JDT 3 Pahang 2 hazwan bakri

Safiq menebus kegagalan sepakan penalti pada babak pertama apabila bola gerakan yang dimulakan Gabriel Guerra pada minit ke-55, diambil S Kunanlan untuk disudahkannya bagi meletakkan JDT di depan, 3-1. Pelawat bangkit merapatkan jurang gol pada minit ke-68 dengan Alves turut mencipta gol kedua peribadi apabila meledakkan sepakan percuma dari jarak 25.

JDT berpeluang menjarakkan kedudukan ketika aksi berbaki dua minit berpunca dari sepakan lintang pemain gantian, Mahali Jasuli tetapi bola deras sepakan Safiq melambung tinggi. keputusan penuh JDT 3 Pahang 2.

Kesebelasan utama:

JDT 3 Pahang 2 line up

Izham Tarmizi, Afiq Fazail, Marcos Antonio, Safiq Rahim (C), Hazwan Bakri (Mahali Jasuli), Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Azrif Nazrulhaq (Fazly Mazlan), Nazmi Faiz (Amirul Hadi Zainal), Gabriel Guerra, Junior Eldstàl

[AdSense-B]

Pemain simpanan yang tidak diguna:

Farizal Marlias, Aidil Zafuan, Brian Ferreira dan Safawi Rasid

Kad kuning:

Akan dikemaskini

Video Highlights, JDT 3 Pahang 2

 

 Carta terkini Liga Super 2017

[AdSense-B]
 Carta terkini liga super 2017

Baca juga: Previu Liga Super #8: JDT vs Pahang, rekod dan statistik

Sumber: BHarian

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: