HF FT Liga Super Cover Sarawak Home

Liga Super 2017: JDT 3 Sarawak 1, JDT Semakin Menghampiri Gelaran Juara

Perlawanan Liga Super ke-16 menemukan JDT dan Sarawak di Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunos Larkin. JDT menurunkan barisan terkuat mereka walaupun tanpa beberapa pemain utama di bahagian pertahanan. Ketiadaan Azriff dan Fazly Mazlan memaksa Ulisess Morais meletakkan Hasbullah di bahagian kiri.

Gandingan tiga serangkai Afiq, Safiq dan Natxo diturunkan Morais untuk mengemudi bahagian tengah. Sarawak turun ke Larkin bersama pengendali baru selepas David Usop mengumumkan beliau ingin berehat. Pengiran Bala mengambil tanggungjawab tersebut untuk menjarakkan Sarawak daripada zon penyingkiran.

[AdSense-B]

SEPARUH MASA PERTAMA

Minit ke-2 JDT memulakan serangan melalui rembatan Ghaddar yang mendapat through pass dari Cabrerra namun sepakannya melambung tinggi. Sepakan percuma pertama diperolehi JDT pada minit ke-4 diluar kotak penalti selepas Gaby Guerra dijatuhkan.

Safiq Rahim yang mengambil sepakan tersebut gagal menyempurnakan sepakan tersebut apabila rembatannya terkena benteng lalu membias keluar. Sarawak membuat percubaan pertama melalui sepakan jauh Tommy Mawat Bada yang cuba memerangkap Izham Tarmizi namun Izham lebih bersedia.

jdt vs sarawak ghaddar penjaring

Gol pertama hadir buat JDT pada minit ke-12 apabila Ghaddar yang menerima lorongan daripada Guerra dan meledak rembatan menerjah gawang Sarawak. Sarawak bertindak balas melalui percubaan Mathieu Roskam namun mudah ditangkap Izham Tarmizi.

Ghaddar sekali lagi melakukan percubaan pada minit ke-17 melalui sepakan lob yang melewati palang gol. Minit ke-19 Fadhli Shas menyambut sepakan penjuru Safiq Rahim tetapi lemah dan mudah diselamatkan penjaga gol Sarawak.

JDT mengawal bahagian tengah dengan baik menyukarkan Sarawak memperolehi bola. Minit ke-24 Sarawak melakukan “counter attack” dan Nur Syamie Iszuan Sarawak Berjaya meledakkan rembatan ke arah gol JDT namun dihadang Fadhli Shas.

Minit ke-29 Guerra yang melakukan hantaran lintang gagal disambar rakan-rakan. Sarawak memperolehi sepakan penjuru pada minit ke-24, Roskam yang menyambut sepakan penjuru tersebut  melakukan rembatan tetapi terkena pertahanan JDT. Minit 36, Tommy berjaya mencari ruang dan melakukan hantaran lintang namun tandukan Roskam jauh tersasar selepas dikawal ketat Fadhli Shas.

Gerakan JDT melakukan melalui hantaran-hantaran pendek sekali lagi menembusi pertahanan Sarawak pada minit ke-37 namun sepakan Guerra tersasar. Sarawak memiliki peluang terbaik melalui sepakan percuma Tommy pada minit ke-40 yang hampir mengelirukan Izham namun reflex Izham berjaya menampan bola tersebut.

[AdSense-B]

Tambahan masa 2 minit menyaksikan Sarawak terpaksa melakukan pertukaran pemain selepas Tommy yang mengalami kecederaan digantikan Abd. Rahim. Separuh masa pertama berkesudahan JDT mendahului 1-0.

 SEPARUH MASA KEDUA

Separuh masa kedua JDT memulakan dengan hantaran-hantaran pendek untuk mengatur serangan awal. Hasilnya JDT memperolehi sepakan percuma pada minit ke-47 namun tandukan Fadhli Shas yang menerima hantaran Safiq sedikit tinggi.

Cabrerra yang menerima hantaran “cutback” daripada Hasbullah Berjaya melakukan percubaan namun ditampan penjaga gol Sarawak, Aidil Mohamad pada minit ke-53. Selepas percubaan tersebut Morais merehatkan Cabrerra dan digantikan Safawi Rashid pada minit ke-7.

Minit ke-57 JDT sekali lagi melakukan percubaan melalui kaki kiri Natxo Insa yang menerima hantaran “cutback” daripada Ghaddar. Walaubagaimanapun rembatan tersebut dislamatkan Aidil.

Pengadil melayangkan kad kuning yang pertama kepada Mazwandi Zakarea yang menjatuhkan Guerra pada mit ke-60. Pertukaran ke-2 dilakukan Pengiran Bala dengan mengeluarkan Alif dan memasukkan Shahrul pada minit ke-62.

Sarawak Berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-64 melalui Sahil Suhaimi yang tidak dikawal ketika menerima hantaran Raikovic.

JDT menggandakan serangan untuk memperolehi semula kelebihan gol.  Pada minit ke-65 Guerra dikeluarkan dan digantikan Azammuddin Akil. Safawi melakukan hantaran lintang pada minit ke-69  namun gagal disempurnakan sesiapa.

[AdSense-B]

Tempo permainan meningkat apabila Sarawak mendapat motivasi selepas gol pertama. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Ghaddar memperolehi peluang pada minit ke-73 selepas menerima hantaran Natzo, namun gagal dikawal kemas. JDT melakukan pertukaran terakhir denngan memasukkan Hazwan Bakri menggantikan Afiq Fazail bagi menggandakan serangan.

Pertukaran tersebut berhasil selepas JDT kembali mendahului melalui Ghaddar yang menerima hantaran lintang Safawi dan dummy oleh Hazwan. Gol pada minit ke-75 tersebut memberikan semula kelebihan 1 gol buat JDT.

JDT sekali meledak gol melalui Safawi Rashid pada minit ke 78. Safawi yang menerima lorongan daripada Safiq bijak memperdayakan Aidil untuk melakukan jaringan ke 3 buat JDT.

Berbaki 10 minit Sarawak memperolehi sepakan penjuru selepas Kunalan melakukan hadangan terhadap pemain Sarawak. Sepakan percuma yang diambil Roskam tinggi melewati palang gol.

Sarawak melakukan pertukaran terakhir pada minit ke-85 selepas Nur Syahmie mengalami kecederaan. Minit ke-87 Natxo sedikit berang selepas dijatuhkan Raikovic namun dapat ditenangkan rakan-rakan.

[AdSense-B]

Walaupun mendahului dua gol, JDT masih lagi melakukan serangan dan Ghaddar mempunyai peluang selepas menerima hantaran Azamuddin tetapi tandukannya tersasar. Tambahan masa 3 minit diberikan pegawai perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan cuba mencari tambahan gol.

JDT vs Sarawak Alex

Perlawanan berakhir dengan kemenangan 3-1 buat JDT bagi terus mengukuhkan kedudukan dipersada liga. Berbaki 6 perlawanan, JDT hanya perlu memenangi sekurang-kurangnya 3 perlawanan untuk memastikan Piala Liga Super kekal di bumi Johor.

Baca juga: 3 Pemain JDT Yang Mempunyai Nilai Perpindahan Semasa Tertinggi

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: