JDT 3 T-Team FC 0 Kesebelasan Utama JDT

Liga Super 2017: JDT 3 T-Team FC 0, laporan dan video highlights

Dengan mengekalkan barisan yang sama ketika menewaskan Beoungket Angkor FC 3-0 pada saingan Piala AFC baru-baru ini dan mendapat keputusan yang sama JDT 3 T-Team FC 0. JDT hanya melakukan perubahan kecil dengan meletak Gonzalo Cabrera di posisi sayap kiri, tuan rumah tampak garang mengasak ke kubu pelawat sebaik permainan bermula.

Ketika aksi baru memasuki minit kelapan, percubaan pertama tuan rumah mengundang cemas buat pelawat tatkala bola umpanan Cabrera tepat kepada Guerra yang merembat kencang untuk memaksa penjaga gol, Mohd Suhaimi Husin merebahkan badan.

Asakan berterusan skuad Harimau Selatan menjelmakan jaringan selang dua minit selepas bola sepakan lambung kapten Safiq Rahim disambar Guerra yang merembat bola tepat ke penjuru kiri gawang dan menewaskan Mohd Suhaimi.

JDT 3 T-Team FC 0 gabriel guerra padu

Tuan rumah terlepas untuk menambah jaringan pada minit ke-14 selepas bola rembatan Ahmad Hazwan Bakri yang melepasi benteng pertahanan lawan sekadar melintasi di depan gawang gol, malah rembatan susulan Cabrera sempat ditangkap kemas Mohd Suhaimi.

Bermula dengan sepakan lintang Ahmad Hazwan pada minit ke-30 menyaksikan Cabrera menanduk bola biarpun terkena palang gol tapi Guerra yang tidak dikawal mudah menolak masuk menewaskan Mohd Suhaimi yang sudahpun terbaring.

[AdSense-B]

Guerra nyata berbisa apabila membuktikan ketajaman tatkala dinaikkan pangkat beraksi bersama JDT dengan melengkapkan hatrik pada minit ke-39 apabila menyudahkan bola lintang S Kunanlan untuk menewaskan Mohd Suhaimi buat kali ketiga.

Bersambung babak kedua, anak didik Benjamin Mora terus menggandakan asakan namun Ahmad Hazwan tampak masih tercari-cari sentuhan penyudah pada minit ke-59 selepas menolak bola sipi dari gawang gol apabila menerima umpanan Kunanlan. Kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

JDT 3 T-Team FC 0 fakta gabriel guerra

Guerra mencipta sejarah selepas muncul pemain pertama dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) menjaringkan hatrik dua kali berturut-turut dalam satu musim pada dua saingan liga berbeza, selepas menjaringkan tiga gol bersama Johor Darul Ta’zim II (JDT II) ketika menewaskan Perlis 4-0 pada aksi Liga Perdana, 26 Januari lalu dan kini sekali lagi hatrik bersama skuad Harimau Selatan.

[AdSense-B]

Kesebelasan utama:

Izham Tarmizi, Afiq Fazail, Marcos Antonio, Safiq Rahim (C) (Amirul Hadi Zainal 76), Hazwan Bakri (Hadi Fayyadh 67), Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Azrif Nazrulhaq, Nazmi Faiz, Gabriel Guerra (Mahali Jasuli 69) dan Junior Eldstàl

Pemain simpanan yang tidak diguna:

Farizal Marlias, Aidil Zafuan, Fazly Mazlan dan Safawi Rasid

[AdSense-B]

Kad kuning:

Tiada

Video Highlights, JDT 3 T-Team FC 0

 Carta terkini Liga Super 2017

JDT 3 T-Team FC 0 carta terkini liga super 2017

Baca juga: Piala AFC 2017: JDT 3 Boeung Ket Angkor FC 0, laporan dan video highlights

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: