JDT 7 Melaka United 0

Liga Super 2017: JDT 7 Melaka United 0, laporan dan video highlights

Perlawanan Liga Super Malaysia antara pasukan Johor Darul Ta’zim dan Melaka United pada 9hb April 2017 menyaksikan pertembungan menarik skuad kendalian Benjamin Mora berhadapan anak didik Eric Williams di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin. Keputusan penuh JDT 7 Melaka United 0.

Permulaan yang cukup menarik apabila kedua-dua pasukan saling berbalas asakan namun nasib terlebih dahulu memihak kepada Harimau Selatan apabila Gabriel Guerra membuka jaringan seawal minit ke-6 selepas menerima bola dari Azrif Nasrulhaq.

[AdSense-B]

Taktikal menarik dari tengah padang membawa kepada jaringan kedua apabila tiba giliran Safiq Rahim pula menjaringkan gol pada minit ke-17. Amirulhadi Zainal menambah tekanan buat pasukan pelawat apabila larian solo pada minit ke-22 berjaya melepasi perangkap ‘offside’ dan seterusnya menewaskan penjaga gol, Mohd Fazli Paat. Serangan JDT tidak terhenti apabila Gonzalo Cabrera menyudahkan gerakan menarik dengan jaringan keempat Harimau Selatan pada minit ke-33.

JDT menambah lagi jaringan pada minit ke-46 selepas Azammuddin Akil bijak menggunakan peluang hasil bola umpanan Gabriel Guerra menjadikan kedudukan semasa 5-0. Kehadiran seramai 14,475 penyokong benar-benar menyemarakkan semangat para pemain Harimau Selatan malam tersebut. Sekali lagi taktikal menakjubkan anak didik Benjamin Mora berjaya mengelirukan pertahanan lawan apabila Safiq Rahim menyumbat satu lagi jaringan pada minit ke-58.

Hampir lima minit sebelum tamat perlawanan, Azrif dijatuhkan dalam kotak penalti menyaksikan sepakan penalti diberikan. Safiq Rahim tenang menyempurnakan sepakan pada minit ke-87 sekaligus jaringan hattrik buat beliau. Perlawanan tamat dengan kemenangan besar buat tuan rumah 7-0 menyaksikan JDT memperbaiki kedudukan kepada tangga ketiga Liga Super Malaysia. Luaskan Kuasamu Johor.

JDT 7 Melaka United 0 farizal

[AdSense-B]

Kesebelasan utama:

JDT 7 Melaka United 0 kesebelasan utama

Farizal Marlias, Afiq Fazail (Shakir Shaari 57), Amirul Hadi Zainal, Marcos Antonio (C), Safiq Rahim, Hazwan Bakri (Azammuddin Akil 28), Gonzalo Cabrera (R. Gopinathan 62), Fazly Mazlan, Azrif Nazrulhaq, Gabriel Guerra dan Fadhli Shas

JDT 7 Melaka United 0 starting line up

[AdSense-B]

Pemain simpanan yang tidak diguna:

Izham Tarmizi, Aidil Zafuan, S. Kunanlan dan Hadi Fayyadh

Kad kuning:

Fazly Mazlan dan Fadhli Shas

Video Highlights, JDT 7 Melaka United 0

 Carta terkini Liga Super 2017

carta terkini liga super 2017

Baca juga: 7 perkara daripada perlawanan JDT tewaskan Melaka United 7-0

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: