Jdt Vs Sarawak

Liga Super 2017: JDT Jangan Amik Mudah Perlawanan Menentang Sarawak

Malam ini, JDT akan meneruskan perlawanan ke-16 Liga Super 2017 dengan menentang Sarawak di Stadium Larkin. Pertemuan ini adalah pertemuan kedua dalam bulan ini yang mana pertemuan pertama berlangsung pada 11 hari yang lepas dalam saingan Piala Malaysia.

Misi JDT adalah satu iaitu untuk mendapatkan 3 mata pada malam ini. Namun, setiap perlawanan pasti ada cabarannya yang tersendiri. Kami berharap siapa sahaja yang diturunkan oleh coach Morais dapat menunjukan semangat untuk mencapai kemenangan.

1- JDT menghampiri gelaran liga

JDT memerlukan 4 kemenangan dan 1 seri untuk menjadi juara liga buat kali ke-4 berturut-turut. Dengan kemenangan ini JDT tinggal 3 menang dan 1 seri yang perlu dicari. Ia akan mempercepatkan pengesahan kejuaraan tanpa menunggu perlawanan terakhir liga.

rekod baru juara liga super kali keempat berturut-turut

2- Rekod tanpa kalah di Larkin

Bermain di tempat sendiri merupakah sebab utama JDT wajib menang malam ini. Kemenangan ini akan melebarkan lagi rekod tanpa kalah di Larkin kepada 53 perlawanan Liga Super atau pun 60 perlawanan Liga Super di Larkin dan MPPJ.

Selain itu, kemenangan malam ini juga menjadikan rekod tanpa kalah di Larkin dalam semua pertandingan kepada 40 perlawanan.

[AdSense-B]

3- Morais mahu merehatkan pemain

Selepas perlawanan menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, Morais berhajat untuk merehatkan pemainnya yang beraksi pada malam tersebut. Jika ini benar-benar terjadi, JDT akan bermain tanpa import dan pemain utama malam ini. Kami harap ini hanyalah strategi Morais kerana kita jangan amik mudah setiap perlawanan Liga Super.

Namun, 3 pemain memang tidak boleh beraksi pada malam ini setelah mengumpul kad kuning ketiga dalam saingan Liga Super. Amirul Hadi, Azrif Nasrulhaq dan Fazly Mazlan digantung satu perlawanan iaitu perlawanan pada malam ini.

natxo insa dan ghaddar

4- Sarawak bersama jurulatih baru

Sarawak akan bertandang ke Larkin bersama dengan coach baru mereka iaitu Pengiran Bala selepas David Usop mengumumkan mengundur diri dari jawatan tersebut. Menentang pasukan dengan coach baru menjadikan perlawanan sukar untuk diramal.

5- Rekod ke atas Sarawak

Sejak 2013, JDT mempunyai rekod yang cemerlang menentang Sarawak. 1o pertemuan sudah berlangsung diantara kedua-dua pasukan ini dengan 8 kemenangan berpihak kepada JDT dan baki 2 perlawanan adalah seri. Keputusan terbesar di Larkin adalah dengan JDT 4 Sarawak 0.

[AdSense-B]

6- Statistik jaringan

JDT menjaringkan 23 gol sepanjang 1o pertemuan semenjak 2013. 5 clean sheet juga dicatatkan. Safiq Rahim dan Marcos Antonio merupakan penjaring terbanyak menentang Sarawak dengan 3 gol. Manakala Lucho, Diaz, Guerra dan Cabrera menjaringkan 2 gol.

Manakala Amri, Lucero, Fazly, Azinee, Safee, Hariss, Amirul dan Natxo hanya menjaringkan satu gol. Satu gol sendiri juga terhasil daripada Shahrol.

Safiq Rahim bersama JDT 2017

7- Prestasi semasa

Keputusan 6 perlawanan terakhir dalam semua kejohanan

JDT: Menang, seri, menang, menang, kalah, menang

Sarawak: Kalah, kalah, kalah, seri, menang, menang

[AdSense-B]

Rumusan

Perlawanan ini adalah satu perlawanan yang kita tidak boleh amik mudah. Kita perlu menang dalam semua perlawanan yang wajib menang bagi mengekalkan piala Liga Malaysia di dalam kabinet JDT.

Baca juga: 3 Pemain JDT Yang Mempunyai Nilai Perpindahan Semasa Tertinggi

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: