HF FT Liga Super Cover Pahang Home

Liga Super 2017: Pahang 0 JDT 2, Beza 9 Mata Terus Kekal

Pertembungan malam ini yang menemukan Pahang menentang JDT dalam perlawanan ke 15 Liga Super. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terbaik mereka. Tambahan 2 pengadil untuk menjaga bahagian belakang   garisan gol  untuk mengelakkan lebih kontroversi.

Pahang turun dengan formasi 4-1-4-1, manakala JDT hadir dengan formasi 4-3-3. Harapan peminat untuk melihat pertembungan “Insa brother” tidak kesampaian apabila  Kiko tidak disenaraikan.

SEPARUH MASA PERTAMA

JDT tidak menunggu lama dengan memulakan permainan dengan ball possession yang baik. Gol pertama terhasil seawal minit ke 2, apabila Ghaddar melakukan cutback untuk Cabrerra yang terus melakukan rembatan ke arah gol untuk gol pertama JDT.

pahang vs jdt 2017 cabrera

Percubaan kedua pasukan JDT bergerak pada minit ke 5 apabila Fadhli Shas membuat hantaran jauh untuk Ghaddar namun gagal dikawal kemas. Pasukan Pahang cuba mengatur serangan namun gagal menembusi back four JDT.

Pahang akhirnya berjaya menembusi pertahanan JDT melalui Sumareh selepas Azrif melakukan kesilapan, namun hantaran Sumareh yang cuba mencari Alves berjaya dipatahkan Marcos.

Pahang mendapat sepakan penjuru yang pertama pada minit ke 10 dan di ambil oleh Syamim ke far post namun tandukan Yamil Romero tinggi

JDT mengawal bahagian tengah dengan baik melalui hantaran-hantaran pendek. Pada minit ke 15,  Gonzalo Cabrerra mengawal baik di sebelah kiri dan melakukan hantaran lintang namun tiada  yang menyambut hantaran tersebut. Gerakan lincah Alves pada minit ke 18 memaksa Amirul Hadi menjatuhkan beliau. Namun hanya amaran lisan diberikan.

[AdSense-B]

Minit ke 19 menyaksikan hantaran through pass kepada Sumareh berjaya menewaskan Azrif. Namun hantaran lintang tidak disambut rakan-rakannya.

JDT terus menguasai barisan tengah dengan hantaran-hantaran pendek mereka. JDT memperolehi sepakan percuma pada minit ke 24 selepas Natxo Insa yang berjaya menggelecek 3 orang pemain Pahang namun dijatuhkan. Sepakan percuma di ambil Safiq Rahim yang cuba melakukan set piece gagal.

Minit ke 27 Pahang melakukan gerakan bahaya melalui Sumareh yang melepasi Azrif dan melakukan hantaran lintang namun ditampan Izham. Sepakan penjuru pada minit ke 28 yang diambil Yamil Romero dan ditanduk Syamim tepat ke arah gol, tapi dinafikan oleh Izham Tarmizi.

pahang vs jdt 2017 ghaddar

Wan Zaharulniam melakukan percubaan pada minit ke 31 namun tersasar. Yamil Romero mengambil sepakan percuma pada minit ke 32 dan Alves berjaya melakukan tandukan yang terkena tiang gol sebelah kanan JDT.

Kawalan ketat terhadap Sumareh menyukarkan Pahang untuk mengatur serangan dari sebelah kanan. Amirul Hadi akhirnya dilayangkan kad kuning selepas menjatuhkan Sumareh pada minit ke 36.

[AdSense-B]

JDT yang mengawal bahagian tengah sukar menembusi kotak penalti apabila Pahang  melakukan pressing. Gerakan Pahang pada minit ke 41 melalui Wan Zaharulnizam yang melakukan rembatan lemah dan diselamatkan Izham Tarmizi.

Tambahan 2 minit diberkian pegawai perlawanan ke 4 di penghujung separuh masa pertama. Separuh masa pertama dengan sepakan penjuru Pahang pada minit ke 45+2 yang diambil Romero, namun gagal disempurnakan.

SEPARUH MASA KEDUA

JDT melakukan pertukaran pertama sebaik separuh masa kedua dengan mengeluarkan Amirulhadi yang digantikan Afiq Fazali.

Separuh masa kedua dimulakan Pahang dengan cubaan Wan Zaharulnizam Berjaya masuk ke dalam kotak penalty, namun Izham keluar menyelamatkan keadaan.

JDT Berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke 48 apabila Ghaddar yang menyambut sepakan percuma Izham dan melakukan kawalan sebelum merembat kearah gol. Walaubagaimanapun pengadil membatalkan jaringan tersebut kerana Ghaddar dipersalahkan selpas menolak Jae Woon terlebih awal.

pahang vs jdt 2017 ghaddar dengan pengadil

Pahang melakukan serangan balas melalui Sumareh pada minit ke 49 malangnya rembatannya tersasar. Minit ke 53 JDT memperolehi sepakan percuma selepas Sumareh menjatuhkan Afiq di depan kotak penalti. Sepakan percuma di ambil melalui set piece, namun rembatan Gaby Guerra terhalang.

Minit ke 56, tandukan Natxo Insa yang menyambut hantaran lintang Cabrerra sedikit tersasar. Guerra cuba masuk dari sebelah kanan tetapi dihalang Jae Woon dan memberikan sepakan penjuru buat JDT pada minit ke 60.

[AdSense-B]

Azrif dilayangkan kad kuning selepas menjatuhkan Sumareh pada minit ke 61. Sepakan percuma yang diambil Romero dikeluarkan pertahanan dan disambut Wan Zaharulnizam yang melakukan hantaran dan ditanduk masuk Alves. Walaubagaimanapun gol tersebut dinafikan penjaga garisan kerana Alves berkedudukan offside. Alves sekali lagi cuba menggelecek pertahanan JDT namun  pada minit ke 62 namun dinafikan Fadhli Shas.

Pertukaran kedua dilakukan JDT pada minit ke 64 apabila Hazwan Bakri masuk menggantikan Ghaddar.

pahang vs jdt 2017 hazwan bakri

Minit ke 68,  Yamil Romero membuat hantaran jauh melepasi 2 pertahanan JDT dan dapat kepada Sumareh, namun kawalan Sumareh gagal melepasi Izham Tarmizi. Keadaan di Stadium Darul Makmur semakin licin apabila dibasahi hujan. Pemain-emain mudah terrgelincir akibat padang licin.

Syamim Yahaya  melakukan rembatan kencang pada minit ke 70 namun melewati palang gol.

Azrif mengalami kecederaan pada minit ke 73, dan terpaksa digantikan dengan Fazly Mazlan. Fazly Mazlan yang baru masuk menggantikan Azrif dilayangkan kad kuning selepas menjatuhkan Sumareh pada minit ke 76.

[AdSense-B]

Pahang melakukan pertukaran pertama dengan memasukkan Nurridzuwan yang menggantikan Wan Zaharulnizam walaubagaimanapun gagal menunjukkan sebarang impak. Joseph Kalang Tie dimasukkan menggantkani Syamim pada minit ke 84.

Safiq Rahim agak terburu-buru melakukan rembatan pada minit ke 85 selepas mendapat hantaran daripada Cabrerra. Jae Woon dilayangkan kad kuning pada minit ke  85 selepas menjatuhkan Guerra.

pahang vs jdt 2017 natxo insa

JDT yang menggandakan serangan pada 5 minit terakhir akhirnya Berjaya menemui penyudah pada minit ke 86 selepas Natxo Insa menjaringkan gol selepas mendapat hantaran Safiq Rahim yang memperdayakan pertahanan Pahang.

Masa tambahan 3 minit diberikan pegawai perlawanan namun gagal dimanfaatkan kedua-dua pasukan. Perlawan berakhir dengan kemenangan 2-0 kepada JDT yang mengukuhkan lagi cengkaman selaku pendahulu liga.

Baca juga: Inilah Kesebelasan Utama Termuda JDT Yang Pernah Diturunkan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: