Sarawak 0 JDT 2 Cover Page

Liga Super 2017: Sarawak 0 JDT 2, laporan dan video highlights

Perlawanan Liga Super Malaysia antara pasukan Sarawak dan Johor Darul Ta’zim pada 28hb Februari 2017 menyaksikan pertembungan menarik skuad kendalian Benjamin Mora berhadapan anak didik David Usop di Stadium Negeri, Kuching. Keputusan akhir Sarawak 0 JDT 2.

Membariskan kesebelasan dan juga pemain simpanan yang sama seperti perlawanan sebelum, JDT mendapat jaringan seawal minit ke-8 melalui Gonzalo Cabrera yang diperoleh dari sepakan sudut yang diambil oleh Safiq Rahim. Tidak memperlahankan rentak permainan, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun beberapa percubaan berbahaya gagal menerjah jaring.

Sarawak 0 JDT 2 gonzalo cabrera

Permainan cukup rancak ditampilkan oleh kedua-dua pasukan namun tiada sebarang jaringan tambahan sehingga tamat separuh masa pertama.

Benjamin Mora mengubah rentak perlawanan pada babak masa kedua dengan memasukkan Amirulhadi Zainal dan Mahali Jasuli bagi menggantikan Nazmi Faiz dan Hazwan Bakri. Tuan rumah hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-58 apabila mendapat sepakan percuma berhampiran kotak penalti namun gagal memanfaatkan peluang tersebut.

[AdSense-B]

Aksi diteruskan dengan Cabrera sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-70 dengan larian solo beliau meletakkan JDT selesa dihadapan dengan kedudukan semasa 2-0. Aidil Zafuan dimasukkan pada minit ke-83 bagi menggantikan Cabrera dan JDT hampir menambah jaringan ketiga pada saat akhir perlawanan namun penjaga garisan terlebih dahulu mengangkat bendera ‘offside’.

Sarawak 0 JDT 2 menang

Tiupan wisel penamat menyaksikan JDT berjaya membawa pulang mata berharga untuk memperbaiki kedudukan liga setelah menamatkan perlawanan dengan keputusan jaringan 2-0. Luaskan Kuasamu Johor.

Kesebelasan utama:

Sarawak 0 JDT 2 line up

Izham Tarmizi, Afiq Fazail, Marcos Antonio, Safiq Rahim (C), Hazwan Bakri (Mahali Jasuli 69), Gonzalo Cabrera (Aidil Zafuan 84), S. Kunanlan, Azrif Nazrulhaq, Nazmi Faiz (Amirul Hadi Zainal 55), Gabriel Guerra, Junior Eldstàl

[AdSense-B]

Pemain simpanan yang tidak diguna:

Farizal Marlias, Fazly Mazlan, Hadi Fayyadh dan Safawi Rasid

Kad kuning:

Gabriel Guerra

Video Highlights, Sarawak 0 JDT 2

 Carta terkini Liga Super 2017

[AdSense-B]
carta terkini liga super 2017

Baca juga: Previu Liga Super #7: Sarawak vs JDT, rekod dan statistik

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: