HF FT Liga Super Cover T Team Away

Liga Super 2017: T-Team 1 JDT 6, Semangat Juara Semakin Membara

Perlawanan Liga Super ke-17 menemukan T-Team dan JDT di Stadium Sultan Ismail Nasirrudin Shah, Kuala Terengganu. JDT menurunkan barisan terkuat mereka denga formasi 4-3-3 yang menggandingkan Natxo Insa, Afiq Fazail dan Safiq Rahim sebagai nadi dibahagian tengah.

Strategi Ulisess Morais merehatkan pemain-pemain utama mereka dalam perlawanan menentang Selangor yang lalu nampak berjaya mengumpulkan barisan pemain utama untuk perlawanan ini.

t-team vs jdt kesebelasan utama

Rahmad Dermawan pula tampil dengan formasi 4-2-3-1 buat pasukan T-Team. Kehilangan beberapa 2 tonggak utama Rahmad Dermawan membariskan beberapa pemain gentian untuk menampung kekurangan tersebut.

2 pemain yang tidak dapat diturunkan Rahmad Darmawan ialah Abdoulaye yang digantung perlawanan dan Mamadou Samassa yang mengalami kecederaan.

SEPARUH MASA PERTAMA

Kedua-dua pasukan memulakan permainan dengan berhati-hati. JDT mengatur serangan dari bawah dengan hantaran-hantaran pendek dan hasilnya JDT berjaya memperolehi sepakan percuma pertama selepas Mohamad Ghaddar dijatuhkan. Safiq yang mengambil sepakan tersebut di sebelah kiri gawang T-Team gagal menemui rakan-rakan. T-Team yang cuba melakukan serangan balas namun gagal melepasi barisan pertahanan JDT.

[AdSense-B]

JDT memperolehi peluang kedua melalui rembatan Gonzalo Cabrerra yang berjaya melepasi 3 pemain pertahanan T-Team namun rembatannya berjaya di tampan penjaga gol T-Team pada minit ke-8. Gol pertama JDT hadir pada minit ke- 12 apabila Ghaddar menyudahkan hantaran lintang Gabriel Guerra namun jaringan tersebut tidak disahkan pengadil.

Serangan bertubi-tubi dilakukan JDT namun masih gagal menemui penyudah. Pada minit ke-18 JDT memperolehi sepakan percuma selepas Guerra dijatuhkan. Safiq Rahim yang mengambil sepakan tersebut mengumpan ke arah Natxo Insa yang menanduk kencang bola tersebut namun ianya hanya menggegar palang.

t-team vs jdt guerra

Jaringan pertama JDT akhirnya hadir pada minit ke-23  selepas Guerra melakukan rembatan deras kearah gol selepas menerima hantaran ‘cutback’ daripada Cabrerra yang terlebih dahulu menggelecek 3 pemain T-Team.

T-Team melakukan serangan balas melalui hantaran lintang Syed Sobri yang ditanduk kemas Joseph Yannick pada minit ke-24 namun sedikit tersasar di sebelah kanan gawang Izham Tarmizi.

Minit ke-28 JDT sekali lagi melakukan percubaan apabila S.Kunalan melakukan hantaran lintang namun Ghaddar sedikit lewat untuk menyambar bola tersebut.

Izham beberapa kali bertindak selaku ‘sweeper keeper’ apabila sering keluar dari posisi beliau untuk membantu barisan pertahanan bagi mematahkan serangan T-Team. Natxo Insa sekali lagi berjaya melepaskan tandukan apabila menyambut sepakan penjuru Safiq Rahim pada minit ke-38. Walaubagaimanapun sepakan tersebut sedikit tersasar di sebelah kanan gawang yang dikawal Mohd Hafidz Romly.

t-team vs jdt ghaddar

Mohammad Ghaddar akhirnya berjaya mencetak nama selaku penjaring kedua JDT selepas menyambar hantaran cantik Safiq Rahim untuk menewaskan Mohd Hafidz pada minit ke-39. Hujan lebat yang mula membahasi padang tidak merencatkan serangan JDT.

[AdSense-B]

Hasilnya JDT berjaya memperolehi gol yang ketiga selepas S.Kunalan yang cuba melorongkan bola dari sebelah kanan terbias pemain T-Team dan masuk ke dalam gol pada minit ke-44. Separuh masa pertama berakhir dengan pasukan tuan rumah ketinggalan 3 gol.

t-team vs jdt kunanlan

SEPARUH MASA KEDUA

T-Team memulakan serangan pada separuh masa kedua melalui sepakan jarak jauh Fakhrurazi Musa pada minit ke-46 namun mudah ditangkap Izham Tarmizi.

JDT mempunyai peluang yang baik melalui ‘buid up game’ yang menarik, namun sepakan S. Kunalan berjaya di tampan Mohd Hafidz. Cabrerra berjaya melakukan rembatan pada minit ke-50 namun sekali lagi Mohd Hafidz menampan bola tersebut.

[AdSense-B]

T-Team yang cuba melakukan serangan balas sering digagalkan oleh barisan pertahanan JDT. T-Team melakukan pertukaran pertama pada minit ke-52 dengan mengeluarkan Fakhrurazi Musa dan memasukkan Muhammad Fauzi.

Natxo Insa sekali lagi gagal menemui gawang pasukan T-Team selepas hantaran lintang Gabriel Guerra disepak tinggi Insa pada minit ke-56. Gabriel Guerra akhirnya berjaya menjaringkan gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini selepas beliau menerima lorongan yang baik daripada Natxo Insa dan melakukan rembatan kencang untuk menewaskan Mohd Hafidz pada minit ke-59 untuk gol ke empat JDT.

t-team vs jdt guerra 1

JDT terus mengekalkan ‘ball possession’ dengan melakukan hantaran-hantaran pendek dibahagian tengah sambil cuba mengatur serangan. Pertukaran pertama JDT dilakukan pada minit ke-67 dengan mengeluarkan penjaring gol kedua, Mohammad Ghaddar dan digantikan oleh Hazwan Bakri.

Gabriel Guerra mempunyai peluang untuk menjaringkan ‘hatrick’ selepas gerakan satu dua beliau bersama Insa berjaya memecah pertahanan T-Team namun percubaannya ditampan Mohd Hafidz pada minit ke-68.

T-Team melakukan pertukaran pemain kedua pada minit ke-73 dengan mengeluarkan Aqil Irfanudin dan memasukkan Syuhiran Zainal bagi menambah kekuatan pasukan. Pada minitke-74, Dhilshoo berjaya melakukan rembatan untuk menguji Izham Tarmizi namun sepakan tersebut melewati palang gol.

t-team vs jdt fadhli shas 1

Pada minit ke-75, Nazmi Faiz Mansor dimasukkan untuk menggantikan Afiq Fazail bagi menguatkan bahagian tengah JDT. JDT terus berpesta gol apabila Fadhli Shas menanduk masuk sepakan penjuru Safiq Rahim untuk gol kelima JDT pada minit ke-78. Kelemahan pertahanan T-Team amat ketara apabila pemain-pemain JDT mudah melepasi kawalan.

[AdSense-B]

Pemain yang menyumbang dua gol buat JDT, Gabriel Guerra digantikan oleh Darren Lok pada minit ke-80. Kelemahan pertahanan T-Team terus dihukum JDT apabila Gonzalo Cabrerra merembat kencang hantaran ‘cutback’ daripada Nazmi Faiz pada minit ke-82 untuk gol ke enam JDT.

t-team vs jdt cabrera

T-Team akhirnya memperolehi gol pertama melalui sepakan penalti pada minit ke-83 selepas beliau dijatuhkan oleh Marcos Antonio dalam kotak penalti. Norhakim Hassan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol pada minit ke-85, namun sepakannya tersasar.

Tambahan masa 3 minit diberikan oleh pegawai perlawanan digunakan pemain-pemain JDT untuk terus menguasai permainan. Mereka memperlahankan rentak permainan setelah selesa mendahului 5 gol. Perlawanan berkesudahan dengan pasukan tuan rumah, T-Team tewas 1-6 kepada JDT. Melalui keputusan ini JDT terus megukuhkan cengkaman dipersada liga dengan kelebihan 11 mata dihadapan pencabarnya.

t-team vs jdt celebrate

Baca juga: JDT Berada Dalam Top 100 Komuniti Digital Bola Sepak Paling Ramai Didunia

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: