Juara Liga Super 2016

Liga Super: Imbas Kembali 3 Perlawanan Pengesahan Kejuaraan JDT 2014, 2015 Dan 2016

JDT merupakan juara bertahan Liga Super dan sudah memenangi piala ini dalam tiga musim berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2016. JDT mencari kejuaraan ke-4 jika menang pada perlawanan pada hari Sabtu ini. Namun, jika Kedah tewas atau seri ditangan Pahang, JDT masih juara walapun keputusan di Stadium Selayang.

JDT menghadapi tentangan yang sengit untuk mencapai kejuaraan Liga Super 2014 dan 2015 dari pencabar ditempat kedua. Namum, musim 2016 ternyata musim gemilang buat JDT bila tampil juara Liga Super tanpa kalah.

Jom kita imbas kembali 3 perlawanan tersebut:

Liga Super 2014

Perebutan kejuaraan Liga Super diantara JDT dan Selangor sehingga ke perlawanan terakhir liga. Selepas perlawanan ke-21 Liga Super, JDT dan Selangor mengumpul mata yang sama iaitu 41 mata namun JDT berada di atas carta liga atas kelebihan perbezaan jumlah gol.

Perlawanan terakhir liga menemukan JDT dengan Sarawak yang berlangsung di Stadium Negeri Kuching, Sarawak manakala selangor bertemu dengan PKNS FC di Stadium Shah Alam. Namun, Selangor bertandang ke Stadium Shah Alam sebagai pasukan pelawat.

Tanggal 25/06/2014, debaran penyokong kedua-dua pasukan berada dikemuncaknya. JDT perlu kemenangan untuk bergelar juara buat pertama kali. Selangor juga kene menang dan pada masa yang sama mengharapkan Sarawak dapat menewaskan JDT ataupun seri. Jika tidak Selangor perlu menang dengan keputusan lebih dari 8-0.

[AdSense-B]

Kedua-dua perlawanan pun bermula. Keputusan separuh masa pertama amat mengusarkan penyokong JDT. Separuh masa pertama ditamatkan dengan keputusan Sarawak 0 JDT 0. Manakalah di Shah Alam keputusannya PKNS FC 0 Selangor 1 hasil jaringan Paulo Rangel pada minit ke-22.

Tiupan wisel separuh masa kedua dibunyikan. Pada minit ke-66, pemain kesayangan ramai, Jorge Pereyra Diaz berjaya menjaringkan gol pembukaan JDT yang melegakan penyokong JDT. JDT perlu terus bertahan untuk mengekalkan kelebihan satu gol ini.

Akhirnya wisel penamat ditiup oleh pengadil. JDT memperolehi kemenangan dan dinobatkan sebagai juara Liga Super 2014. Kejuaraan pertama kali ini menceriakan semua penyokong, pemain dan juga kem JDT. Di stadium Shah Alam pula keputusan penuh adalah PKNS FC 2 Selangor 2.

Liga Super 2015

Tahun 2015 ini pula, perebutan piala Liga Super adalah diantara JDT dan Pahang. Penentuan kejuaraan masih ditentukan pada perlawanan terakhir liga. Selepas perlawanan ke-21 Liga Super, JDT berada di tangga pertama liga dengan 46 mata dan Pahang ditempat kedua dengan 42 mata.

Pada perlawanan terakhir liga, JDT mahukan kemenangan untuk merangkul trofi juara Liga Super untuk dua musim berturut-turut. Manakala Pahang mesti menang dan pada masa yang sama mengharapkan Felda United dapat menewaskan JDT.

Tanggal 22/08/2015, perlawanan terakhir liga pun bermula. JDT menentang Felda United di Stadium Selayang manakala Pahang menentang Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Felda United mengejutkan JDT dengan gol pertama seawal minit ke-5. Perlawanan di Stadium Selayang semakin mendebarkan penyokong JDT.

[AdSense-B]

Minit ke-9, JDT pula dipaksa bermain 10 orang kerana kad merah Junior Eldstal selepas mengasari pemain Felda United didalam kotal penalti. Felda United berjaya menambah gol kedua selepas diberikan sepakan penalti disebab insiden tersebut. Keadaan semakin mendebarkan. Degupan jantung semakin bertiup kencang.

Namun, keadaan semasa di Kuala Terengganu memberikan sedikit sinar kegembiraan kepada penyokong JDT. Tamat separuh masa pertama keputusan di Selayang adalah Felda United 2 JDT 1 manakala di Kuala Terengganu adalah Terengganu 2 Pahang 0.

Separuh masa kedua, JDT berusaha untuk mencari gol penyamaan. Dengan 10 orang permain ternyata sukar buat JDT. Namun, di Kuala Terengganu, minit ke-49 Azidan berjaya menjaringkan satu gol. Kemudian Terengganu mendapat gol ketiga pada minit ke-70.

Tamat perlawanan masing-masing JDT dan Pahang tewas. Namun penyokong JDT bergembira kerana berjaya menjulang piala Liga Super untuk musim kedua berturut-turut. Penyokong JDT menyerbu masuk ke dalam padang untuk meraikan kejayaan tersebut.

Liga Super 2016

Felda United merupakan pencabar kuat JDT untuk merebut Piala Liga Super 2016. Namun penentuan kejuaraan tidak berlaku hingga ke akhir perlawanan. JDT berjaya mengesahkan kejuaraan pada perlawanan ke-20 Liga Super dan paling membanggakan juara yang tak terkalah.

Perlawanan ke-20 Liga Super berlangsung pada 09/09/2016 di Stadium Larkin. JDT akan bertemu pasukan tercorot liga ketika itu. ‘Mood’ pemain dan penyokong sangat baik dan tiada tanda-tanda mereka menghadapi tekanan. Mereka perlu bermain dengan sebaik mungkin untuk Piala Liga Super ketiga berturut-turut.

Wisel dibunyikan dan perlawanan pun bermula. JDT berjaya memperolehi gol pertama apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas pemain JDT dikasari dalam kotak penalti. Jorge Pereyra Diaz tidak mensia-siakan peluang tersebut. Tamat separuh masa pertama JDT 1 Terengganu 0.

[AdSense-B]

Separuh masa kedua pun dimulakan. Penyokong semakin bersemangat untuk meraikan hari yang bersejarah ini. Lagi sekali, pada minit ke-83 JDT memperolehi sepakan penalti. Safiq Rahim tampil mengambil sepakan penalti tersebut dan menjaringkan gol kedua. Diaz menambah gol ketiga JDT pada minit ke-86.

Pesta sudah bermula hanya menanti tiupan wisel penamat. Akhirnya, JDT memperolehi kemenangan 3-0 keatas Terengganu dan menjadi pasukan pertama di Malaysia menjulang trofi Liga Super untuk tiga tahun berturut-turut. Kejayaan diraikan oleh pemain, penyokong dan juga TMJ.

Liga Super 2017

Sabtu ini akan berlangsungnya perlawanan ke-19 Liga Super antara Selangor dan JDT di Stadium Selayang. Stadium Selayang selalu memberikan kekalahan buat JDT. Namun, adakah kejuaraan Liga Super 2017 sekali lagi akan dimuktamatkan di Stadium Selayang ini?

[AdSense-B]

JDT perlu menang untuk mengesahkan kejuaraan. Namun, JDT juga boleh menjadi juara sekiranya Pahang menang atau seri pada perlawanan ke-19 Liga Super. Kami sudah tidak sabar untuk meraikan kejayaan merangkul Piala Liga Super buat kali keempat berturut-turut. JDT adalah kelab yang mencipta sejarah.

Baca juga: 7 Pemain JDT Dipanggil Ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: