Hazwan Vs Selangor

Longhi Puji Kelibat Pemain Tempatan

Ketua jurulatih skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Raul Longhi, menarik nafas lega kerana jurang empat mata dengan pencabar terdekat, Pahang, mampu dikekalkan ketika mereka masih kekurangan dua pemain import sebelum pintu perpindahan kedua pemain dibuka, 7 Mei ini.

Tatkala Gonzalo Cabrera terkecuali, Longhi terpaksa mempertaruhkan sepenuhnya kudrat pemain tempatan di jentera serangan yang diketuai Ahmad Hazwan Bakri.

Ternyata mereka mampu membalas kepercayaan Longhi melalui kemenangan 2-0 ke atas Selangor hasil jaringan daripada Hazwan dan Nazmi Faiz Mansor.

[AdSense-B]

Kini, mereka hanya perlu menunggu satu lagi perlawanan menentang Negeri Sembilan pada Sabtu ini sebelum memasukkan penyerang import baru, Harry Novillo.

“Kami sedikit tertekan berikutan Pahang meneruskan rentak kemenangan.

“Kami perlu menang bagi membolehkan kami menjarakkan kedudukan.

“Seminggu lagi, kami akan dapat menggunakan pemain import baru. Apa yang penting pada malam ini kami mempunyai kelebihan empat mata di puncak,” ujar Longhi.

Sementara itu, ketua jurulatih Selangor, Nazliazmi Nasir, menerima kekalahan itu dengan hati terbuka sambil menyifatkan JDT berada dalam kelas tersendiri berbanding mereka.

[AdSense-B]

Bersetuju dengan pendapat Longhi, Nazliazmi turut mempunyai perancangan untuk membawa masuk pemain import baru bagi memperkuatkan bahagian tengah sambil Alfonso De La Cruz dijangka menjadi calon pemain yang akan digantikan.

“Kami perlukan pemain import yang boleh mengimbangi setiap posisi, terutama barisan tengah, untuk kami mengharungi pusingan kedua Liga Super, terutama aksi separuh akhir Piala FA bertemu PKNS FC,” katanya.

Sumber: Stadium Astro

Baca juga: Analisis: Farizal Marlias Cemerlang, Red Giants Hilang Tumpuan Pada Babak Kedua

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

This Post Has One Comment

Comments are closed.