Ma Ranking Malaysia Mei 2017

MA ranking kemaskini Mei 2017, kenapa Malaysia masih kedudukan ke-7?

Seperti artikel kami sebelum ini, kami jangkakan Malaysia akan memotong kedudukan Hong Kong yang berada di tempat ketiga. Namun, berdasarkan kemaskini terkini, walaupun dengan kemenangan JDT, Malaysia masih berada di kedudukan ke-7.

Kedudukan MA ranking untuk zone Asia Timur yang dikemaskini hari ini, 5 Mei 2017.

Kenapa berbeza dengan jangkaan?

Untuk jangkaan MA ranking kami sebelum ini, boleh baca disini, kami jangkakan mata untuk tahun 2017 akan menjadi 3.950. Tetapi kemaskini terkini mata tahun 2017 adalah 3.450 iaitu beza 0.5 sahaja. Seperti yang kami tulis, JDT memberikan mata atas kemenangan keatas Beoungket Angkor FC, Magwe FC dan layak ke zonal semi final.

Namun, untuk kemaskini bulan Mei ini, pihak AFC belum lagi mengira mata layak ke zonal semi final. Jadi, Malaysia kehilangan 0.5 mata dan terus kekal pada ranking ke-7 MA ranking.

Rumusan

JDT pasti akan memotong Hong Kong jika Eastern kalah perlawanan terakhir peringkat kumpulan mereka dan JDT berjaya melepasi zonal semi final. MA ranking kemaskini Jun 2017 pasti akan memberikan kegembiraan kepada rakyat Malaysia.

Baca juga: Analisa Piala AFC 2017: Rentak serangan kuasai permainan!

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: