Ma Ranking Front Page

MA Ranking: Walaupun JDT Terkandas, Malaysia Berjaya Memintas Hongkong Untuk Tempat Ke-6

Walaupun JDT terkandas di peringkat separuh akhir zonal bagi edisi Piala AFC 2017, JDT sempat menyumbangkan 6 mata untuk kiraan MA ranking hasil daripada melayakan diri ke peringkat semi final zonal (3 mata) dan kemenangan di Stadium Larkin tempoh hari (3 mata).

Pada hari Khamis yang lepas, FIFA telah mengemaskan ranking dunia dan hari ini pada jam 7:17 malam semasa kebanyakan warga Malaysia menantikan waktu berbuka puasa, AFC telah mengemaskini kedudukan MA ranking untuk pasukan di Asia. Berikut adalah MA ranking terkini untuk Zon Asia Timur:

MA Ranking terkini 04062017

Berdasarkan kedudukan MA Ranking terkini, Malaysia berada dikedudukan ke-6. Jika kedudukan ini kekal hingga bulan November tahun ini, Malaysia akan memperolehi satu slot automatik dan satu kelayakan bagi Piala ACL 2019/2020.

ma ranking 04062017

Baca juga: Giveaway Jun: Satu Jersi JDT Original Untuk Pembaca Bertuah

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

This Post Has One Comment
  1. Maju n trus maju
    Tingkatkn usaha perbaiki kelemahan perkukuhkn pertahanan
    #jiwajangankoyak

Comments are closed.