Donat Maggi Viral

Maggi Boleh Jadi Donat. Ini Resepi Donat Maggi Viral

Kalau sebelum ini viral resepi keropok lekor menggunakan mi sedap atau mi segera, kali ini resepi donat diperbuat daripada mi segera pula.
Kalau ikutkan resepi ini viral di negara jiran kita di Indonesia dan mereka menggunakan Indomie. Tetapi untuk versi Malaysia pula resepi ini menggunakan Maggi kari.

Resepi yang dikongsikan oleh Aznie Khasri ini memang sangat mudah untuk dibuat dan paling penting rasanya memang sedap. Sesuai untuk dinikmati hujung minggu ini.

Bahan-bahan:

  • 2 bungkus Maggi
  • 2 batang sosej dipotong dadu
  • 4 biji telur dipukul sebati
  • 2 pek serbuk Maggi

Bahan butter:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air & 2 sudu besar air
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • ***Serbuk roti secukupnya

Cara membuatnya:

1. Sebatikan semua bahan kecuali yang bertanda ***. Kalau masih pekat tambah sedikit lagi air. Jangan terlalu cair, buat macam tepung goreng pisang.

2. Rebus Maggie hingga kembang, kemudian toskan.Masukkan telur, sosej dan serbuk perencah Maggi ke dalam Maggi yang sudah direbus tadi. Gaul hingga sebati.

3. Panaskan kukusan. Sapukan acuan dengan sedikit minyak. Boleh guna apa saja acuan yang mempunyai lubang di tengah.

4. Masukkan adunan Maggi tadi di dalam acuan. Kemudian boleh dikukus. Kukus selama 12 minit. Untuk acuan seri ayu kukus 5 minit sahaja.

5. Panasnya minyak di dalam kuali. Celupkan seketul Maggi yang sudah siap dikukus tadi ke dalam adunan butter sehingga rata. Kemudian ratakan dengan serbuk roti.

6. Bolehla digoreng. Biar hingga warna keemasan dan baru boleh diangkat. Selamat mencuba! Bolehla dihidang bersama sos cili kegemaran anda!

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: