Sr8 Malt 1

Majlis pelancaran SR8 Malt, produk terbaru Safiq Rahim

Pada petang ini, Safiq Rahim akan melancarkan produk terbarunya iaitu SR8 Malt di cafe SR8. Ia merupakan minuman malt coklat pracampuran yang boleh dinikmati dengan secara panas ataupun dicampur ais.

Jika ada sesiapa yang berkesempatan, boleh lah bersama-sama memeriahkan majlis ini. Kita sokong apa yang pemain kita buat. Mana tahu boleh dapat tandatangan Safiq Rahim. Kemungkinan besar, anda mungkin dapat bertemu dengan pemain JDT yang lain.

[AdSense-B]

Info lengkap mengenai majlis pelancaran ini seperti gambar dibawah:

sr8 malt

Kami berharap harap Safiq Rahim semakin berjaya dalam perniagaan yang diceburi. Lepas ni boleh fikirkan untuk kembali ke skuad kebangsaan.

Serba sedikit mengenai Cafe SR8

[AdSense-B]

Bermula dengan gaji yang agak lumayan di JDT, beliau tidak menunggu lama untuk memulakan perniagaan nya sendiri. Cafe SR8 yang berada di Johor Bahru merupakan perniagaan pertama beliau.

Masuk tahun ketiga cafe ini dibuka, kami dapat merasakan betapa beliau amat menyayangi negeri Johor itu sendiri. Masakan tidak beliau memilih untuk membuka cafe beliau disini.

Cafe ini sering dikunjungi oleh penduduk tempatan dan rakannya di dalam pasukan JDT. Dengan menampilkan konsep western di dalam pemilihan makanan. Sudah pasti ia menjadi pilihan anak muda untuk dijadikan tempat bertemu dengan kawan-kawan.

Baca juga: Analisa: Duo pertahanan tengah JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: