Undi Nazmi Faiz

Mari Undi Jaringan Nazmi Faiz Untuk Allianz Gol Terbaik Piala AFC 2017

Jaringan menarik Nazmi Faiz dalam perlawanan menentang pasukan Beoungket Angkor pada 19 April 2017 telah tersenarai antara empat jaringan terbaik dalam pertandingan AFC oleh “AFC Cup 2017 Allianz Goal of the Tournament!”.

Undian yang diadakan ini adalah bagi mengiktiraf pemain profesional yang telah menjaringkan gol paling cantik sepanjang saingan Piala AFC 2017 dan ia turut menyaksikan pencalonan dari Sunil Shhetri (Bengaluru FC), Mohanad Abdulraheem (Al Zawraa) dan Iain Ramsey (Ceres Negros).

Jangan ketinggalan untuk mengundi jaringan terbaik pilihan anda untuk minggu ini di https://goo.gl/i2ei7d. Luaskan Kuasamu Johor.

Sumber: Johor Southern Tigers

Baca juga: Statistik Musim 2017: Penampilan, Minit Perlawanan Dan Jumlah Jaringan


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: