Mario Gomez Berminat Untuk Kembali Melatih Pasukan Di Malaysia Musim Depan

Mario Gomez Sah Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Persib Bandung

Bekas jurulatih JDT yang memenangi Piala AFC Mario Gomez akan memulakan tugasnya di Liga 1 Indonesia untuk musim 2018. Setelah diurakan akan kembali ke Malaysia, Mario Gomez telah dilantik sebagai ketua jurulatih Persib Bandung Indonesia.

Pelantikannya untuk musim 2018 telah diumumkan oleh kelab pada hari ini.

Jurulatih yang berusia 60 tahun ini merupakan jurulatih Harimau Selatan paling berjaya, setelah memenangi Liga Super, Piala AFC dan Piala FA bersama mereka. JDT membuat langkah drastik dengan menggugurkan jurulatih ini pada awal tahun 2017, hanya seminggu sebelum musim 2017 bermula.

Dia kemudian dikaitkan sebagai jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia, tetapi itu tidak berlaku dan juga beberapa kelab di Malaysia seperti Kedah dan PKNS FC.

Sementara itu Persib Bandung menamatkan musim 2017 Liga 1 Indonesia di tempat ke-13, daripada 18 pasukan.

Kami penyokong JDT mengucapkan selamat maju jaya buat bekas jurulatih JDT ini dan moga kita dalam bertemu di Piala AFC suatu hari nanti.

Baca juga: Ruang Korporat Stadium Baru JDT Habis Ditempah Dan Dijual


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *