Dadih

Cara-Cara Masak Dadih Secara Homemade, Pencuci Mulut Yang Mudah & Sedap

Protein dadih susu mempunyai nilai biologi yang tinggi, iaitu sama dengan telur, susu dan daging. Protein juga boleh didapati daripada sumber tumbuhan seperti kekacang, bijirin dan legum (tumbuhan kekacang). Bagaimanapun, secara amnya protein-protein ini adalah tidak sempurna kerana ia kekurangan salah satu atau lebih daripada asid amino asas. Namun demikian, asid amino yang tidak terdapat dalam sesuatu tumbuhan itu, boleh didapati daripada tumbuhan lain.

Oleh yang demikian, untuk mendapatkan set asid amino yang lengkap, kita perlu makan kombinasi beberapa jenis tumbuhan yang betul.

Apakah protein dadih susu?

Dadih susu adalah protein yang sempurna secara semula jadi dan berkualiti tinggi yang diperoleh daripada susu. Protein dadih susu boleh dihadam, diserap dan digunakan dengan mudah oleh tubuh kita. Ia juga memenuhi keperluan asid amino di dalam tubuh.

Apakah kesan protein dadih susu yang bermanfaat bagi tubuh kita?

  • Untuk tumbesaran dan kekuatan- Protein dadih susu membekalkan semua asid amino yang diperlukan untuk tumbesaran tisu tubuh dan ia juga menambah kekuatan otot.
  • Untuk pembentukan antioksidan- Protein dadih susu adalah sumber sistein yang baik, iaitu sejenis asid amino yang diperlukan untuk pembentukan glutation, iaitu antioksidan utama tubuh kita.

Glutation banyak didapati di dalam hati di mana ia menyahtoksikkan bahan yang memudaratkan. Glutation juga didapati di dalam darah, paru-paru dan saluran usus. Penyahtoksikan yang berkesan ini mempertahankan tubuh manusia daripada radikal bebas yang mungkin menyebabkan kanser atau penyakit pemerosotan saraf (neurodegenerative).

Bila usia kita semakin meningkat, paras glutation dalam tubuh akan berkurangan dan ini akan mempercepatkan proses penuaan. Justeru itu, pengambilan protein dadih susu akan dapat menghalang proses penuaan yang terlalu awal.

  • Mempertingkat fungsi imun (sistem ketahanan badan)- Protein dadih susu akan mempertingkatkan sistem imun kita dengan penambahan pembentukan glutation yang berupaya melindungi sel imun daripada radikal yang bebas.

Glutation seterusnya akan merangsangkan sel imun untuk menghalang jangkitan. Lagipun, dadih susu mengandungi laktoferin, sejenis protein yang terikat dengan besi mineral. Ikatan ini menghalang besi daripada digunakan oleh bakteria usus yang bahaya untuk tumbesarannya. Dengan itu, dadih susu dapat melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.

  • Dadih susu untuk menambah kekuatan-Semua orang, termasuk warga tua ingin berseronok dan merasakan diri mereka bertenaga. Seperti yang kita maklum, otot dan tisu tubuh dapat dipulihkan dengan bersenam dan mengambil protein yang berkualiti baik. Ini juga akan membolehkan seseorang itu menjadi bebas dan lebih aktif secara fizikal.

Secara alternatifnya, anda boleh mengambil pemakanan tambahan yang mengandungi protein dadih susu. Malah, ia adalah cara yang terbaik untuk menikmati manfaat dadih susu.

Dadih memang enak. Teksturnya yang lembut dan pelbagai rasa, menjadikan manisan ini kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak. Di pasaran terdapat banyak serbuk-serbuk dadih segera yang diijual.

Namun, anda juga boleh hasilkannya sendiri di rumah. Lebih jimat, mudah serta sedap! Jom lihat dan cuba resipi perkongsian saudari Jafahana Sulaiman ini.

BAHAN-BAHAN:

  • 20gm agar-agar tali
  • 4 liter air
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 400gm krimer coffeemate
  • 4 sudu makan gula
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar bersama air hingga larut dan mendidih.
  2. Kemudian masukkan susu pekat dan susu cair diikuti krimer, gula dan garam. Kacau hingga sebati dan mendidih.
  3. Setelah bancuhan betul-betul mendidih, padamkan api, tapis dan tuang ke dalam acuan.
  4. Sejukkan dan bolehlah dinikmati.

Info chef: Jika inginkan dadih yang berwarna-warni, tapis adunan ke dalam bekas dan masukkan pewarna kegemaran anda. Kacau hingga sebati dan barulah dimasukkan ke dalam acuan serta disejukkan.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: