Resepi Nasi Lemak 1

Masak Nasi Lemak Selalu Lembik & Mentah. Ini 5 Tip Agar Ia Menjadi

Masak nasi lemak rupanya bukanlah semudah yang disangka. Kali pertama mencuba mungkin tak akan terus menjadi. Sebabnya kalau kita masak nasi lemak, bahannya tak sama dengan nasi biasa.

Antara masalah yang selalu terjadi ialah nasi lemak yang dimasak menjadi mentah, lembik atau berketul-ketul. Nak kata tak ikut resepi, tak juga. ada yang dah ikut 100% pun masih tak menjadi. Mungkin beberapa petua ini dapat membantu.

5 TIPS ELAK NASI LEMAK DARIPADA MENTAH

1. Lebihkan Air

  • Biasanya kalau nak nasi lemak betul-betul masak, kena lebihkan sedikit air berbanding sukatan memasak nasi biasa.
  • Ingat formula ini, 1 : 1 : 1/2 = Beras : Air : Santan. Semua guna sukatan sama. Kalau pot, semua pot. Kalau guna cawan, semua cawan. Maksudnya kalau kita masak 2 pot beras, guna 2 pot air dan 1 pot santan. Kalau guna santan serbuk, bancuhkan dalam 1 pot air tu.

2. Masukkan Sesudu Minyak Masak

  • Bila sukatan dah ‘settle’, biasanya kita akan letaklah bahan-bahan tambahan lain contohnya halia, bawang, daun pandan, serai, dan sebagainya. Nak bagi wangi dan ‘naik’ aromanya.
  • Selain bahan-bahan tersebut, ada juga yang suka masukkan sesudu minyak masak supaya nasi lemak yang dimasak menjadi peroi atau lerai lebih cantik tanpa melekat-lekat.

3. Jangan Lupa Gaul

  • Lepas dah siapkan semua bahan, bolehlah masak macam biasa. Tak kiralah guna rice cooker atau masak di atas dapur gas, kenalah ‘check’ periuk nasi bila agak-agak baunya dah naik.
  • Gaulkan supaya rata dan masak sekata. Tapi jangan terlalu kerap digaul sebab dikhuatiri berasnya akan pecah.

5. Rendamkan Beras

  • Satu lagi tips yang boleh anda cuba adalah merendam beras terlebih dahulu sebelum memasak nasi lemak.
  • Caranya, rendamkan beras yang telah dibasuh ke dalam santan selama sejam atau setengah jam supaya tak jelatah.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: