Mayat

Mayat Ditemui Selepas Lebih Dua Bulan

MUAR: Mayat seorang daripada kru kapal korek JBB Rong Chang 8 yang dilaporkan terbalik di perairan Parit Jawa pada Mac lalu, ditemui dan dibawa naik oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang melakukan operasi berkenaan sejak kira-kira jam 8 pagi tadi (semalam).

Mayat dibawa ke Pangkalan Nelayan Parit Jawa di sini menaiki bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kira-kira jam 1.30 tengah hari sebelum diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, mayat ditemui pihak kontraktor yang dalam usaha menterbalikkan kapal korek itu.

Usaha membawa keluar mayat oleh pasukan SAR membabitkan APMM, PDRM, Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilaksanakan sejak jam 8 pagi tadi.

Difahamkan, sidang media berkaitan kes terbabit akan diadakan di Pejabat APMM Johor Bahru dalam tempoh terdekat.

Pada 21 Mac lalu, sebuah kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 dilaporkan terbalik kira-kira jam 7.50 pagi pada kedudukan 8.5 batu nautika dari Perairan Parit Jawa, Muar.

Sumber: Berita Harian

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: