Perak Mehmet Durakovic

Mehmet Durakovic Idam Kejutkan JDT Walaupun Berdepan Krisis Kecederaan Pemain

 

Perak berharap kecederaan pemain tengah, Leandro Dos Santos Oliviera tidak serius hingga menjejas peluang pemain Brazil itu beraksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Perak, Ahad ini.

Pengendali Perak Mehmet Durakovic berkata pemain itu sedang bergelut dengan masa dan tempoh seminggu ini akan menentukan kedudukan Leandro untuk perlawanan itu.

[AdSense-B]

“Leandro mengalami kecederaan pergelangan kaki semasa latihan. Setakat ini kita tahu tahap sebenar kecederaannya tapi saya berharap dia sempat sembuh menjelang perlawanan Ahad ini.

“Kami perlukan kesebelasan utama yang mantap selepas kehilangan Hafiz (Kamal) dan Yashir (Pinto) sebelum ini, juga akibat kecederaan.

“Ketiadaan Leandro akan melumpuhkan lagi jentera tengah Perak,” kata Mehmet.

Jurulatih yang mempunyai rekod cemerlang dalam kancah Piala Malaysia bersama Selangor berharap mampu merencana kemaraan pasukan The Bos Gaurus ke final musim ini.

[AdSense-B]

“Jika boleh saya mahu bawa kejayaan untuk Perak pula. Memang tugas kami berat kerana bertemu pasukan terhandal di Malaysia tetapi tiada yang mustahil dalam bola sepak.

“Pemain perlu tumpukan sepenuh perhatian dan punyai keyakinan diri,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Info Akademi: JDT U14 13 Saint George City FA 3, Kembalinya Bekas Pemain Yang Berkhidmat Di Johor

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: