Batubiru

Jurugambar Berjaya Mengambil Gambar Batu Sedang Mengalirkan Air Mata Biru. Fenomena Yang Sungguh Mengasyikkan

Di pinggir pantai Okayama, Jepun merupakan kawasan yang akan bertukar kepada pemandangan dipenuhi dengan warna biru menyala pada waktu malam. Jika anda lihat dengan lebih dekat, anda akan berpeluang untuk melihat corak seperti aliran air sedang mengalir dari batuan-batuan tersebut.

Hal ini sekali gus membuatkan batu-batu ini kelihatan seperti sedang mengalirkan air mata darah yang berwarna biru! Tetapi tidak sebenarnya. ‘Lelehan’ biru tersebut sebenarnya adalah udang yang berkilau!

Dua orang jurugambar hebat iaitu Trevor Williams dan Jonathan Galione telah mempamerkan batuan bersinar ini dalam satu projek bersiri yang disebut sebagai ‘The Weeping Stones’ (Batu yang Menangis).

Gambar-gambar ini diambil bertujuan untuk memfokuskan kepada kecantikan spesies udang berkenaan yang turut dikenali sebagai Vargula Hilgendorfii atau kelip-kelip laut.

Udang yang luar biasa unik ini mempunyai saiz yang amat kecil iaitu kira-kira tiga milimeter panjang sahaja. Haiwan ini menjadikan kawasan air cetek sebagai habitat dan akan keluar dari laut pada waktu malam untuk mencari makanan.

Udang-udang ini juga akan membentuk kumpulan yang besar sewaktu berada di atas pantai. Sungguh menakjubkan!

Bagi mendapatkan hasil gambar yang terbaik, William dan Galione harus memikirkan strategi tertentu dan berkesan bagi mengumpan udang-udang ini.

Memandangkan kelip-kelip laut ini tidak begitu mahir dalam memanjat batu, maka mereka terpaksa mengumpan haiwan-haiwan ini dengan menggunakan daging bakon mentah. Tujuannya adalah supaya motif asal mereka untuk membuatkan batu kelihatan seperti menangis menjadi hasil gambar yang sempurna.

Di samping itu, bagi memastikan udang-udang ini sentiasa berkilau, mereka turut mencurahkan air ke atas badan haiwan tersebut.

Namun, sebelum memastikan hasil gambar mereka adalah terbaik, William dan Galione turut menjaga kebajikan haiwan-haiwan ini dengan memastikan kawasan pantai tidak mempunyai sebarang serpihan kaca.

Hebat bukan? Keindahan hidupan alam ternyata amat mengasyikkan kita. Selepas ini, William dan Galione merancang untuk kembali semula ke Jepun pada musim luruh tahun hadapan untuk menangkap gambar cendawan yang berkilau pula.

Pasti anda semua tidak sabar untuk melihat hasil-hasil fotografi mereka nanti.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *