Cara Basuh Kereta Yang Betul Yang Jarang Diketahui

Kongsikan 5 Tip Bagi Mengelakkan Cat Kereta Rosak Dengan Cepat Dan Cara Cuci Kereta Yang Betul

Bila sebut tentang cuci kereta, biasanya masyarakat kita lebih gemar menghantar kereta ke kedai car wash atau car wash pandu lalu untuk menjimatkan masa.

Hasilnya kadang kala tidak memuaskan malah lebih teruk lagi ada segelintir kereta yang calar balar dan sebagainya. Jadi untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, lebih baik cuci sendiri kereta tersebut untuk hasil yang lebih sempurna.

Biasanya masyarakat kita suka mencuci kereta ikut suka mereka seperti di body kereta atau di bonet kereta terlebih dahulu dan seterusnya keseluruhan body baru menyembur dengan air. Ini akan menyebabkan water spot kat cat kereta kerana buih sabun yang kering akan meninggalkan kesan.

Kereta kotor memang lah kena basuh. Tapi ada je orang yang kereta dah terlalu kotor sampai dah boleh conteng guna jari dah kereta tu tapi tak juga pergi basuh. Basuh kereta nampak senang guna sabun guna air. Tapi ada beberapa perkara yang perlu dielakkan semasa basuh kereta.

  1. Jangan sampai dah nampak kotoran tebal baru nak basuh

Kalau kita biarkan kereta terlalu lama tak basuh kotoran tersebut akan menyebabkan ia melekat lama pada kereta. Tengok kereta berwarna putih, lama-lama akan jadi warna krim.

  1. Basuh ketika cuaca panas

Suhu yang panas menyukarkan lagi kereta untuk dibasuh dan menyebabkan kerosakan pada cat kereta. Basuh bila cuaca dah redup, atau di kawasan yang redup.

  1. Gunakan alatan yang sesuai

Guna sabun khas, span yang besar dan segala alatan khas untuk basuh kereta. Pastikan guna air yang banyak. Sekiranya guna air sikit dan dari baldi, air kotoran akan melekat dan kering pada kereta seterusnya buatkan cat kereta rosak

  1. Basuh ikut bahagian kereta

Basuh dari satu bahagian ke satu bahagian. Basuh, bilas dan keringkan. Paling sesuai untuk basuh dalam keadaan lurus bukannya dalam keadaan bulatan.

  1. Wax dua kali setahun 

Sebenarnya wax kereta akan menjadikan cat kereta lebih kekal lama bukannya merosakkan lagi cat kereta.

Bagi mereka yang tahu berapa kos untuk membuat semburan cat baru pada kereta yang telah kusam, anda mesti kalau boleh nak mengelakkan dari kereta anda kelihatan kusam terlalu awal.

Jadi di sini dikongsikan cara cucian kereta yang betul yang dikongsikan oleh Lai Fatt Chua di dinding facebook beliau.

  1. Guna 2 bucket system: iaitu satu baldi ialah “car shampoo” sahaja manakala satu lagi baldi “rinse water”.
  2. Selalunya cuci pada tempat yang dijauhi daripada matahari dan semasa kereta anda tidak panas.
  3. Kain yang digunakan perlu microfiber towel. Pilihlah wash mitt yang berkualiti. Kain yg digunakan untuk cuci wheels dan rims jangan campur dgn yang digunakan untuk bahagian lain kereta.

Langkah – langkah:

  1. Guna air tekanan tinggi untuk seluruh kereta
  2. Mulai dengan wheels dan rims. Sebiji wheels sekali. Rims boleh dicuci dengan Sonax wheels cleaner
  3. Cuci wheels dan rims.
  4. Mulai cuci bumbung kereta dan juga tingkap-tingkap kereta. Cuci sekali dah cukup, cuci di tempat sama secara berulangan akan mencalarkan cat kereta anda.
  5. Rinse dengan air bahagian bumbung dan tingkap supaya semua bubble sabun kereta hilang. Jangan tunggu sampai cuci seluruh kereta baru rinse sabun kereta kerana sabun yang kering akan menyebabkan water spot kat cat kereta.
  6. Teruskan ke bonet, dan bahagian – bahagian lain kereta.
  7. Guna air tekanan tinggi untuk rinse bersih seluruh kereta, termasuklah bahagian wheels.
  8. Guna air tekanan biasa dengan hose sahaja untuk menyenangkan anda mengeringkan kereta anda nanti.
  9. Keringkan kereta anda dengan MF towel.
  10. Bahagian atas adalah cara cuci kereta biasa. Jikalau guna rinseless car shampoo. Bezalah cara cucinya.
  11. Selepas tu bubuh lah wax/sealant unttk melindungi cat kereta anda yang bersih. Kalau anda sibuk, boleh guna spray wax, hanya 10-15 minit sahaja utk seluruh kereta.
  12. Selepas tu, spray lah instant detailer untuk menguatkan rintangan terhadap habuk dan minyak.

Selamat mencuba.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: