Reishi Defensas

Ini 8 Cara Untuk Meningkatkan Sistem Imunisasi Tubuh Anda Harus Amalkan Selalu

Semakin meningkat usia, semakin rendah sistem imun tubuh dan disebabkan itu badan kita lebih cepat jatuh sakit. Selain dari mengambil makanan yang berkhasiat dan mengamalkan gaya hidup yang sihat, sistem imunisasi anda juga boleh ditingkatkan dengan cara lain.

Kami senaraikan 8 cara untuk membantu anda meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

1. Sejukkan Badan

Hanya dua atau ke tiga minit di bawah pancuran air sejuk boleh meningkatkan mood. Suhu sejuk boleh mencetus otak untuk melepaskan hormon gembira.

2. Berangan-angan

Ya, berangan-angan atau memikirkan kenangan manis dengan kekasih, suami atau anak selama 30 minit sehari boleh menggalakkan kesihatan minda dan emosi.

3. Bersihkan Meja Pejabat

Menurut kajian, terdapat 283 spesies bakteria boleh hidup apabila meja penuh dengan habuk, termasuklah streptococcus yang jadi pencetus kepada sakit tekak.Rajin-rajinlah mengelap meja pejabat, juga telefon menggunakan bahan pembasmi bakteria.

4. Kejutkan Otak

Jika anda buat kerja seakan dalam mod auto-pilot, berhenti seketika supaya otak tidak jadi terlalu statik. Bawa berjalan atau berbual dengan rakan sekerja selama lima minit sebelum menyambung semula kerja.

5. Pencuci Mulut

Pengambilan dua auns yogurt setiap hari boleh melindungi gusi anda daripada jangkitan mulut, menurut satu kajian Jurnal Periodantologi.Bakteria baik dalam yogurt akan membantu melawan bakteria dalam mulut.

6. Ambil vitamin D

Mengambil vitamin D dan kalsium yang secukupnya akan mengurangkan risiko terkena masalah tekanan sebanyak 20 peratus. Wanita yang aktif digalakkan mengambil 1,000 IU vitamin D dan 2,000mg kalsium setiap hari untuk menguatkan tulang mereka.

7. Bersihkan Cadar

Gunakan air panas sehinga 60 darjah celcius untuk memastikan hama yang merengsa kulit sensitif dan mencetus ekzema dapat dihapuskan.

8. Urutan Bibir

Ajak suami anda berasmara sehingga 30 minit untuk membaiki sebarang simptom alahan. Kajian menunjukkan bercumbu mampu mengurangkan jumlah bahan kimia yang telah dilepaskan dalam tubuh akibat tindak balas alahan.

Semoga memberi manfaat.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *